kekaguman melihat matangnya mereka memimpin,bertungkus lumus menjaga yang dipimpin,jauhnya cara mereka berfikir.tadi buat pertama kalinya datang Anual Grand Meeting,AGM.sebelum ni tak pasti sebab apa tak datang.mungkin masa tu masih di usia pra-kematangan,sekarang di ambang matang,belum matang betul pun hee.
tapi,serius penting wujud benda ni.tak tipu,seronok tengok pemimpin berdialog dengan rakyat jelata.kalau ada rakyat yang tak puas hati,boleh bangun kemukakan soalan secara terhormat,dan akan dijawab oleh pemimpin berkenaan dengan cara terhormat.betul,kalau kita cakap macam-macam dekat facebook,lebih banyak mendatangkan mudarat fitnah dari faedah.bukankah ada cara yang lebih baik untuk bersuara :)
kagum kagum dan bersyukur,masih ada manusia macam mereka sanggup berkorban masa tenaga untuk kita.ingat diorang dapat gaji ke jaga kebajikan ahli PERMAI,permai tu persatuan mahasiswa irbid la.
apa-apa pun saya doakan yang terbaik untuk sesi pimpinan terbaru,lagi-lagi dibarisi oleh kawan sebatch sendiri,makin makinlah kagum.sebab kenal kan.semoga dipermudahkan segala-galanya.sejujurnya dari sudut hati yang paling dalam,terima kasih kerana sudi menjaga kebajikan kami.
heh,bajet macam diorang baca je.takpelah.
selamat melahirkan barisan pimpinan negara pada masa akan datang juga ye.
alhamdulillah dapat semangat untuk hidup lagi bila tengok muka-muka tabahhh-->ayat bombast.betapa aku tak layak untuk berasa lemah kan.tertanya-tanya juga apa rahsia hati keras dan tabah,terutama barisan pimpinan akhawat?
sebab setahu saya,perempuan ni lembut hatinya,dalam perasaannya tak terduga,sangat suka dilindungi,dan dijaga.tapi mereka pula melindung dan menjaga.urm,tak tahu berapa kali nak cakap kagum,respek.
tiba-tiba rasa ada sinar untuk masa depan Malaysia.[jauh je berangan] tapi tak mustahil.tadi,bila nampak pemimpin2 dekat atas menjawab soalan soalan,sangat yakin beliau akan jadi seseorang satu hari nanti.doakanlah,supaya esok esok bukan lagi si jahil yang memangku kuasa.
dear ainaa,
niat-->cara-->matlamat
sudah lurus kah tiga tiga ini?
kadang cara dah betul,matlamat pulak salah.
kadang niat dah betul,cara pulak salah.
No comments:
Post a Comment