sejurus selepas habis exam immune,rancangan gila mula berawan di kepala.nak buat apa balik ni,rasa macam tak feel pulak asyik nak menghadap buku buku.lalu,kami bertiga ambil keputusan untuk mencari ilham di arabella mall.ingat nak cari periuk kukus,ah takde la pulak.terpaksa ke irbid mall pula.nasib diorang sporting je,orang suruh balik baca wellness(sebab esok ada exam) taknak,nak jugak ikut.huhu.dah dapat,beres,balik.
rancangan awal,nak buat kuih lapis.ceh,teruja gila,tambahan tengah puasa dan lama tak nampak kuih muih malaysia.tengok resipi adik bagi lama dah.tepung beras ada,tepung biasa ada,santan ada,tapi tepung ubi kayuuuu je yang takde!rosak~cancel.
garu kepala.google la jugak kuih yang agak-agak berkenan dan senang.akhirnya,pau sambal bilis.
semua ke dapur,projek pun bermula.mula-mula macam best la kan campur semua semua,uli dengan semangat.sampai tiga tiga duduk kerjakan dapur.seronok sungguh,sehinggalah tiba-tiba bila try test letak dalam periuk kukus selama 10 minit,saya yang tak menyabor ni pergi la bukak dulang(yang dijadikan penutup stimmer).haha,memang curious takleh nak tahan,patutnya 20 minit tak boleh bukak dia kata.
bila bukak, langsung tak naikkk.dok bertempek keras.sedih nengoknya tahu,sedih!hancur berkecai hati ini.try lagi sekali,kali ni balut dulang dengan plastik,sebab kat malaysia mak buat macam tu.harapan sekali lagi tumbuh.dan sekali lagi,tak naik,bertempek sebab wap air jatuh kena pau.grrr fine.
saya merajuk dah.duduk bersila atas lantai bukak facebook sambil memandang ain dengan aten yang masih gigih letak inti dalam pau dan mencuba.haha,bagus kan diorang ni.kali ni mereka cuba letak kain pulak sebagai penutup.dan,akhirnya jadi jugak sikit.memang diorang ni terbaik lah!mula mula dah macam kecewa dah,ingat salah bancuhan ke apa.rupanya salah skill mengukus.
lepastu,baru semangat nak masak lauk berbuka haha,teruk gila. -.- sajelah nak kongsi suka duka duduk kat negara orang,nak makan kuih pun payah sobs.oke,jadi malam itu...dua budak yang gigih tadi tidur awal.kecuali yang sorang ni,yang tak berapa gigih.haha.
RESIPI APAM BILIS budak jordan yang tak balik raya
4 1/2 cawan tepung gandum(ayak sikit kasi halus,taknak pun takpe)
260ml air suam kuku
1 s/b yis
2s/b minyak masak
1s/k baking powder
3 s/b gula
1s/k garam
CARA
1.uli semuanya dalam satu bekas.lepas dah rata,tutup dan biar dalam 30 minit keatas.
2.ambik sikit sikit dari dough tu,dalam 50g each untuk ketulkan.lepastu leperkan,sebab nak masukkan inti(buatla camne2 pun,asalkan inti tak terkeluar.pandei pandei le kome)
3.letak atas kertas cupcake(kalau xde kerat sendiri kertas putih biasa)
4.tunggu sampai permukaan atas dia tegang sikit(30 minit keatas)
5.didihkan periuk kukus dengan api kuat,lepastu letak apam tadi.tak payah tutup dengan apa-apa,kukus dalam 20 minit dengan api kuat sampai nampak macam ada rongga rongga(dah nak masak la tu)
6.lepastu,baru tutup dengan kain dalam 10 minit untuk masakkan surface atas dia.
sebenarnya cara dia senang je walau nampak panjang.saje nak kasi spesifik.
untuk inti,ikut cita rasa sendiri nak buat style pedas ke,banyak bilis ke,banyak bawang ke.malas nak tulis.hehe.
camnila kalau duduk negara orang,rasa nak makan je terpaksalah ikhtiar cari jalan.asalkan dapat jugak makan!
![]() |
ni le periuk kukus kat sini.tanpa penutup huk huk. |
![]() |
2nd attemp,harapan mula bercambah.agak sedikit jadi.penyetla tapi.... |
![]() |
3rd attemp di malam hari.sebelum dikukus |
![]() |
dah 20 minit.dah kembang yiha,nak nangis! |
![]() |
10 minit terakhir tutup dengan kain bersih,haa gelak la tu!bersih oke kain tu. |
![]() |
tara.oke,nak market memang tak laku.janji masuk perut sedap. |
![]() |
alhamdulillah berbaloi.thanks to ain n ateng,they are so cooooL! |
pengajaran,jangan cepat sangat putus asa.
ye,saya akan cuba mencontohi mereka berdua di masa akan datang.
11 comments:
sial offer kat syabab la,
jangan putus asa!
bukan sial, sila!
aik,cam kenal je baju tu :D keh2
bittaufeeq!
waaa~ hebatnya! ^^
tiba-tiba rasa nak makan pau ayam.
tskk.
cett....nie ghupe nyer keje dye mlm2....kah3x...mmg lps immune sungguh...
syabas la cek na....x sangke jdik chumel(?) mcm tue...chumel la jugak kot.1st trial...mmg gtu la gaya nye.mekaseh na.mrasa gak pau bilis di joden.
nape rasa mcm lgi comel dlm gambar erk(?)ke mmg ia naturally comel je. =_=
-ain-
was-was nak beli pengukus tu, sebab cari penutup x jumpa:(
rupa-rupanya mmg takde penutup ke? cheesecake!
hahah.
arituh along mcm ckp kat mesir ade tepung ubi kayu...sbb die buat meatball gune tepung tuh...sane mesti ade...kne xplore lbeyy kott
'buat grup nusantara la'
keh3
@hazen
kalau ade rezeki..
@shah
huhu,terkorban dah,memang reput da tu
@aqilah
bukan saye,mashaAllah ousmates saye yg hebat ^^
@ain
kalau ain xtulis nama pun boleh tahu haha.pau tu mmg comel tuu hik
@aintch
antik kan,sila buat penutup sndiri -.-
@anon
aah,sini ade je kat mall tu.sebabnya dlm otak,akak ingat akak bwk tepung ubi kayu,rupenye tepung pulut yg akk bwk.nnti la g beli
pelapik pau comeyyy.
apesal ai buat pau air die nitik, pau tu gebu jek?
adekah, sebab pau meleysie?
huhu
@rye
oh,pelapik je -.-
@kakshi
yang ni kan resepi budak jordan tak balik raye,memang x jadila kalau buat tmpat lain.syarat sah tu
Post a Comment