Saturday, September 17, 2011

bintang turun ke bumi

kisah seorang cikgu sekolah rendah.

nama cikgu ni sanisah.kitorang panggil mualimah sanisah.cikgu ni,semua orang akan kata dia garang, memang muka dia sangat garang,paling menakutkan.tapi dalam banyak banyak cikgu saya rasa dekat sangat dengan dia.rapat di hati,sungguhpun saya tak berani pun nak cakap dengan dia dulu.saya paling ingat cara dia ajar,dia pernah ajar matematik,tajwid,p.seni.

dia suka buat kuiz bisik bisik.dia bagi soalan kira kira,kalau nak jawab,kena gi bisik kat telinga dia.
kalau tajwid,dia suruh cari contoh dalam Al-Quran lepastu tunjuk kat dia.
kelas pendidikan seni paling tak sabar :) seronok !
cikgu suka duduk belakang saya,intai intai apa saya buat.walaupun sebenarnya masa tu,tak suka sangat cikgu tu tengok tengok,rasa macam buat salah pulak,tapi saya tahu cikgu concern.

saya nak jumpa cikgu,tapi cikgu dah pindah jauhhhh ikut suami dia.entah ada rezeki tak nak jumpa cakap TERIMA KASIH sebab beri saya tapak untuk berjalan dikala manusia manusia lain yang mengelilingi sangat pelik masa tu,bagi saya.

saya ingat lagi hadiah crayon buncho saiz paling besar tu.macam mana cikgu tahu saya teringin benda tu?masa saya kecik,abah sangat garang.saya tak pernah berani nak tunjuk barang mintak belikan yang mahal mahal.sebab tu,masa tu,saya rasa saya orang paling bertuah sebab dapat hadiah crayon.

saya tahu,mustahil muallimah baca benda ni,tapi saya nak satu dunia kenal muallimah.nak semua orang tahu,dalam lembaran lembaran perjalanan saya yang semalam,semasa saya masih tiada apa apa,ada seorang wanita cekal sedang mencurah tenaga,membawa diriku yang kecil berlayar,belajar tentang dunia akhirat dengan seronok.dia juga yakin,memberitahu yang saya mampu.

dirimu umpama sebutir bintang,jatuh dari langit lalu bersinar di hadapan kelas.dan akan terus bersinar dalam hati ni.

muallimah,saya dah 20 tahun,nak masuk tahun 3 ! laju kan masa.mungkin muallimah pun tak tahu saya sedang ambik bidang apa :) inilah saya,budak hingusan 13 tahun dulu.semoga Allah membalas jasa muallimah tak putus putus,menyayangi muallimah sekeluarga,merahmati umurmu sepanjang panjang usia,menganugerah kebahagiaan dunia akhirat.

saya harap saya juga boleh jadi macam muallimah.walau hanya dari sebuah kelas usang yang sempit,engkau bintang biasa yang menyinar selamanya.

tuhan,pertemukan aku dengan dia.

gagal retrack balik nama penuh cikgu,sebab asyik terkonpius dengan sanisah huri -.-'

4 comments:

Ana =) said...

Nak track Muallimah Arifah,so badly :'( Saya baru teringat Muallimah Sanisah 2-3 hari lepas.Saya ingat dia ajar Matahs,Tajwid,P.Seni.....waaaaaaaa

bawahbumi said...

owh?satu sekolah la nii
typewriter ni sape eh?

Anonymous said...

owh...mualimah sanisah ke yg pilih hadiah crayon tu??

sgt jelez dgn crayon yg sgt besar tu dahla buncho plak tuh... itulah 1st n the last time tengok crayon sbsr tuh...xprnh jumpe dah pastu..limited edition mungkin(?)

bawahbumi said...

anon ni pun satu sekolah ke
duguseyo?sape ni?

+__+