Monday, September 12, 2011

payah juga kalau semua mahu jadi superman

"life is a tragedy when seen in close up but a comedy in a long shot'-charlie chaplain


cuti ni terasa bermakna semacam.tinggal beberapa hari lagi sebelum buka sekolah,terasa sekejap dan terasa lama jugak.terasa lama sebab dok tunggu ain dengan ateng ni,hmm rasa kehilangan bila takde diorang.ada enam hari lagi sebelum diorang balik hu-hu.

ooh pasal quotes atas tu,dapat masa tengok high kick through the roof.sebuah cerita yang tak dramatik,tapi lebih pada isu famili,atau senang cerita tentang kehidupan seharian yang biasa-biasa.banyak babak dalam cerita ni menggambarkan karakter setiap ahli keluarga yang berbeza-beza.ada yang berani,dan all out.ada yang innocent,tulus,dan selow.atuk dia pula suka kentut ikut suka.memang tak tahan.ada yang suka bergurau,ada yang jenis lembut hati kerja asyik nak tolong orang.

jalan cerita dia biasa dan sederhana,tapi untuk orang macam saya,ada makna yang dalam.kelakar dan ada masanya menyentuh.

----------------------------------------------------------------

'xxxxx(isi guna nama sendiri),saya nak jadi macam awak la...'

pernah?mestilah pernah kan.kenyataan macam tu memang ajaib dan aneh sebenarnya.dalam hati,kita nak jadi macam dia,tapi dia pulak nak jadi macam kita.dunia dunia ! penuh dengan kejutan.sebab apa lah agaknya kita selalu berharap kita seperti dia,dan orang lain pulak vice versa.

sebab quote kat atas tu lah.dari sudut pandang orang lain,dari jauh,mereka nampak kita seperti sedang berbahagia dan memiliki semuanya,seperti orang yang bahagia tanpa ada hari sedih.tapi yang menanggungnya,hanya kita je yang tahu.hanya kita je yang tahu susah payah yang hati ni dah lalui.

role model itu perlu,tapi kenalah sesuaikan dengan karakter dan kebolehan diri.dulu,pernah juga fikir nak jadi macam dia ni dia ni.apa yang dia boleh buat kita sedaya upaya nak buat,nak jadi kuat atau apa apa jela yang kita kagum.last last,fail.hati tak seronok,hasil pun tak dapat hu-hu.

so,i jump into a conclusion-jangan cuba nak jadi orang lain,kerana manusia lahir memang dengan kapasiti dan keunikan yang pelbagai.kenal diri sendiri,sayang diri sendiri dengan cuba untuk jadi yang lebih baik untuk diri sendiri dan orang sekeliling,hati senang orang sekeliling pun senang enshaAllah :) konklusi ni apa yang saya percaya,mungkin tak relevan untuk orang lain.people different.

juga,sedang praktis untuk tidak terlalu demand.baru beberapa bulan praktis,dan alhamdulillah,Allah knows best.bukan nak larang kita melakar mimpi,tapi adakalanya mimpi kita tu terlalu ideal macam dalam novel.akibatnya,probabiliti untuk depressed bila gagal beroleh apa yang diimpikan adalah tinggi, memandangkan awal-awal kita dah bajet begitu begini.mestilah ada sejarah silam yang pernah dilalui,sebab tu saya fikir demand adalah tidak perlu.tapi,tu rahsia la heh heh.

saya seorang pembenci tegar stress dan murung atau apa-apa lah yang menyebabkan mood down.kan,bila mood tak elok akan efek orang sekeliling.bagi saya depressed adalah penyakit,dan jiwa lapang adalah nikmat.jiwa lapang akan welcome all good things.cuba fikir,kalau kita deprssed even kita sihat pun tak ada maknanya.dan,cuba tengok berapa ramai yang boleh sembuh hanya dengan beroleh ketenangan jiwa.



cuba untuk memaknakan setiap minit kehidupan di tempat kita.
suri rumah 24 jam?tak ada masalah,boleh jadi sumber ketenangan suami yang keluar membantu ummah.indirectly,membantu dari dalam.boleh jadi,lagi penting dari posisi wakil rakyat taw.

wakil rakyat?menjaga kebajikan rakyat,menaik taraf ummah directly.undoubtly berjasa besar.

dont waste our precious times try being somebody else,just make better of urself.

ilmu Allah lebih luas,dan Dia lebih mengetahui.cuma mahu menulis,untuk dibaca pada masa mendatang,bila penyakit depressed datang menyerang.

kalau tupai nak jadi superman,sape pulak nak jadi tupai...
ops,terpanjang...well,selamat !

3 comments:

pakurawan said...

naise

yui said...

i always wabt to be like someone else.. but in the end, it's my skin i can only live with..

desires saja kot... =p=p=p

bawahbumi said...

@hazen
:)

@yui92
itula pasal hu3