salam.hari ni hero saya agak sedikit sihat,alhamdulillah ! :)
tapi...
malang sekali,baru nak sembuh,tiba-tiba rumah tiada air LAGI.ya,ianya hampir setiap minggu berlaku,dulu lagi parah tiap 2 atau 3 hari,atau tiap kali basuh baju,terus air kering.sobs sobs.amat mengganggu fisiologi badan,stress bila tak dapat membuang yang patut,memberus,memasak,etc etc...ianya hampir merosakkan mood dan mental untuk melakukan aktiviti biasa seorang manusia.
nasib baik inche gabbana pernah pos pasal sabar itu bukan puan sabariah.sekurang kurangnya tajuk dia boleh dibuat tagline di masa masa kecemasan seperti apa yang dialami sekarang,aish menguji kesabaran betul.
bila nak berinteraksi dengan haris(penjaga rumah yang-cakap-arab-laju-macam-kami-ni-orang-arab) lagi la bertimpa timpa rasa yang tak dapat ditafsirkan.rasanya haris ni tak cek betul betul tangki tu apa masalah dia,tapi nak marah provok keras keras tak pandai,bukan stail.nak cakap kat dia yang dia makan gaji buta,macam jahat sangat.
walau apa pun,masalah tetap kena selesaikan.tadi nak jumpa haris,tapi tak ada.mungkin balik kampung.semoga Allah ilhamkan dia supaya mengasihani kami yang tiada berpenjaga di sini,mudahkanlah..
entahlah,orang boleh je senang senang buli kita kan.nak nak kita ni betul bendul sangat,ianya mengecewakan.kadang teringin nak jadi raksasa gigit gigit orang jahat,baru padan muka.tapi,apakan daya saya perempuan melayu kecik di kelilingi arab yang besar.eh jangan tersalah faham,bukan semua orang arab macam tu,saya pernah jumpa dengan orang yang sangat baik hati.ramai!tapi ramai jugalah yang kurang open pemikirannya,nak nak bila jalan dekat syarik jameah,dibuat bahan main bahan gelak.memang tak nampak langsung mana islamnya,hilang rasa hormat.normal sebenarnya,bukan dekat sini je,dekat mana-mana pun,ada sebahagian baik sebahagian lagi kurang baik.maka kita,ambil yang baik.
sekali lagi sabar itu bukan puan sabariah..
sangat sangat :'( memang perbezaan itu menguja dan menguji,terimalah hakikat.bukannya baru setahun dekat sini,macam tak biasa...agaknya sebab dah lama lah kut,makin bertambah tambah ketensenanya.fiyuh..
Allah sebaik baik pelindung.nak pergi membawa hati yang lara~
thanks inche gabbana atas taglinenya! saya guna,semoga Allah kurniakan kesihatan untuk inche ! =)
4 comments:
alhamdulillah...air dh ada balik...
cik hero pun dh buleh buat samosa...kui3x...tabah betul cik hero sorg tue....
konon2 nak bagi kek lapis srwk, kasi lembut hati.tp x mnjadi.uhuk3x.haris xde kat rumah punya pasal.punah segala plan nk ckp masa tue.
sabar tue bukan Pn. sabariah.
-baeklah-
ena.guna anon.mls nak sign in.bye.
barakallahu fik. seronok dpt tahu post tu bermanfaat ntok anda. ;)
teruskan mujahadah. mencari keredhaan Ilahi itu tidak semudah memasak megi. tahu...? ^^
dah try cara yg d'bgtw mase tu?
@anon yang diketahui
:) kita merancang,Tuhan pun merancang.sob sob hek.
@inche gabbana
ohh,baiklah saye usaha,usaha dan usaha :)
@shah
he he tak,tapi dah report kat sohib he he
Post a Comment