Assalamualaikum !
dan,salam sejahtera.
oh,cuaca sangat menarik...untuk tidur.redup redup,macam nak hujan.masuk dalam konfeter,komfem lena.alhamdulillah,baru exam farmakologee.lega,sebab dah exam ! kalau tak,makan tak kenyang,tidur tak lena,mandi pun tak basah.
cuak sebab dah lama tak exam.10H3 pun dah hampir luput dari ingatan,tak ingat bangunan mana satu.pergi jamiah pagi-pagi pukul 7 sebab ada kelas,dalam bas lagi dah cuak belek kertas,entah baca apa entah.kalut dalam hati.sympathetic sympathetic,sarapan la makjanat sekeping buat alas perut.padahal tak selera pun.
astaghfirullah.entah la,kadang saya pun rasa macam,aish benda dunia ni kita nak cuak sangat,benda benda melibatkan result dekat akhirat tak ada pula kita nak concern.saya tarik nafas dalam,cuba tenangkan otak,rilek rilek.pandang luar,luas gila langit.lega.
apa agaknya aku dalam pandangan Allah.aku yang tengah kalut kalut dengan benda sementara.geleng kepala.kembali memandang helaian nama nama ubat,insyaAllah,Allah penyayang,rezeki Dia luas,Allah penyayang,rezeki Dia luas.kalau orang boleh dengar monolog yang berjela jela ni,mesti orang kata aku ni gila cakap sorang sorang.keh.
saya cuba counterattak perasaan.betulkan niat balik walau dah tengah jalan,dah dalam bas,kejap lagi je nak exam.niat dah lari masa mula mula study,isy,manusia....pelupanya!
takut sebenarnya.takut mata kabur.kita ingat kita berjaya,tapi di sisi Allah belum tentu.Allah Maha Pengampun.sungguhpun exam exam ni tiada signifikannya secara direct dengan hidup kat sans,tapi atleast kita boleh cek hati kita,letaknya sudah betulkah?atau hanya sekadar bangun pagi,makan,pergi kelas,exam,lab,balik,masak,study,tidur,MATI.
nampak macam sibuk,tapi kosong sebab bawa jasad sahaja,sama seperti zombi zombi.nauzubillah.
marilah kita bercakap sorang sorang sebab nak tunggu pintar atau khutbah jumaat,memang limitedlah,apakata tazkirah diri sendiri,boleh beleber bila bila masa :) kurangkan cakap benda tak penting,simpan tenaga untuk panaskan badan,sejuk sejuk.
ye,perempuan,sila kurangkan bercakap benda yang tak perlu.
comelnya awan,macam gula gula kapas ! oke,salam.
cepatlah cutiiiiiiiiii.esok labbbb brostho,cuak lagi.lab itu berhantu . nasib ada ustaz ahmad yang muka serius tapi baik hati.hik hik.
2 comments:
erk...prasan yg plg bawah walau tulisan plg kecik...keh3x...like~
ain!
=)superman dlm lab
Post a Comment