walaupun anda berlari secepat kilat seperti watson nyambek
akhirnya,takdir yang anda mahu elak itu
datang bertenggek dengan cara yang aneh
sob sob sob,lalu anda pun kecewa dan berduka cita
habis satu hari diarak awan kepiluan
esoknya,kembali berfikir
dengan segala ilmu mantiq yang anda ada
maka konklusinya begini;
tahulah anda memang itulah jalannya
sudah pun tertulis dengan permanent marker
maka,tidak dapat tidak,
selagi mampu walau tak mahu.
teorinya anda sudah tahu;
boleh jadi kamu benci sesuatu padahal ianya baik bagimu,boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ianya tidak baik bagimu,dan Allah Maha Mengetahui segala galanya
nah,sekarang rasa.
manusia ilmunya terbatas.lain-lain yang tak kelihatan dek mata kasar,biar Tuhan saja yang aturkan.kita buat cara hamba,usaha dan doa.usaha dan doa.usaha dan doa.serah.puh puh,tiup syaitan kiri kanan.
pejam mata rapat rapat,istighfar...moga diampunkan dosa berkeluh kesah.
-.-
No comments:
Post a Comment