Friday, October 21, 2011

this week,so random

hmf.

salam.maaf lah ye,tangan ni gatal gatal tekan new post.
life is a bit kusut without writing.

tahun ni,atau spesifiknya sem ini,saya terperasan satu trend dalam hidup-erm,mungkin hidup saya sorang je kot.benda benda yang memang bukan rezeki kita,sehebat mana pun usaha yang kita cuba,tetap payah nak capai.dannn,benda benda yang memang rezeki kita,sejauh mana pun cuba untuk hindar,tiba-tiba,bergolek ha depan mata.

kun,fayakun!hebat,subhanallah.memang susunan Dia,maha!

jadi,demi meneruskan kehidupan yang berbaki,ada satu keberanian yang mesti kita bina.keberanian untuk menerima hakikat,even ianya sangat sangat pahit ! semua orang,ya termasuk saya,mesti ada paling kurang pun satu dua benda yang tak puas hati dengan diri sendiri.tak puas hati dengan diri sendiri?pelik bunyinya.

contoh:saya pendiam atau bahasa sopan yang orang selalu guna,dia ni cool.[ini contoh ye,contoh]

menjadi pendiam,tak semua orang boleh terima.untuk kali pertama,orang akan fikir,kita ni sombong,ignorant,penting diri sendiri,malas,tak efektif and so on...tapi yang sebenar benarnya,memang kita ni jenis suka mendengar dulu baru bercakap.lalu,di sini demi meneruskan penghidupan...menerima hakikat diri yang memang tak banyak cakap adalah agak payah,memerlukan tenaga.

sama ada mahu fight atau fly.
sama ada cuba untuk banyak cakap,atau just ignore them and fly high.

well,i dont live for others' expectation.i dont live under someone's influence.just simple and easy,is okay.as long as i dont harm people,as long as i help people,as long as i know the rule.then, i chose to fly.

sedang untuk mencipta manusia sudah melalui beberapa siri proses yang sangat rumit,inikan pula mahu mengubah manusia yang telah hidup selama 20 tahun.human being is a way tooo complicated regardless of girls or boys.both have their own troublesome characters.

generally girls easily excited,muka nak camni aje :D  --> tak faham kan diorang ni..saya pun tak faham !
boys muka dia camni je -.-  --> tak dapat nak tafsir

perempuan.banyak perkara yang meng-annoying-kan sebenarnya.jadi,nasihat kepada lelaki yang suka perempuan yang sangat keperempuanan,harap dapat pupuk daya tahan yang sangat tinggi dari sekarang.tapi,perempuan jugak pandai sweet sweet,jadi keannoyingan dia tenggelam sekali sekala.dan,terapung sekali sekala.ya,saya bercakap kerana saya dikelilingi perempuan,dan ofkoz yang menulis ni pun perempuan.tee hee~

yea,dapat tulis ! tak,tadi ada urat simpul mati dalam kepala,tapi lepas tulis sikit, lega .
rasanya,bekerja lebih penat dari belajar.sem ni memang tired dia lain macam,sebab lab dia memang lab habis ! buat kerja,dah ala-ala engineer dalam mulut orang. fuhh~skill 3D mata.rasa nak terbalik bijik mata,skill menguli menggelek doh,memotong,mengupas,semuanya datang dalam set combo dentistry.anda seorang arkitek,juga engineer,juga tukang masak,juga doktor gigi sekaligus !

itu baru external.internal nih,dalam nih,jantung jangan cakap.sympathetic nerve semua auto stimulated dalam lab.especially prostho,tak tahulah kenapa lab tu berhantu sangat sejak zaman dental anat.haih,penat nak ngepam jantung ! tapi tangan kena kontrol steady,biar ombak bergelora 3 kaki dalam hati.

ahad ni exam praktikal lab cons(conservative),bahasa pasar dia tapong gigi.debaran ! bagus juga untuk jantung.tak payah tengok cerita hantu. oh , doakan kami :) semoga steady and goody semuanya aminn.

whoa!Tun Dr Mahathir datang Jordan.
tapi wuu wuu :'( ingatkan persatuan pelajar jemput beliau untuk ceramah ke apa ke.rupanya bukan.melukut di tepi gantang,sambil tengah buat finishing dalam lab tadi.takpelah,rezeki di kemudian hari,siapa tahu.tak kira, nak jugak tengok beliau berucap dalam dewan kindi satu hari nanti !

monologdalaman : erm,ramai perintis.lagi hebat kot.bersara dengan tenang.yuhu~

okelah.sekian.
maaf,banyak repekan berbuku buku dalam hati.

3 comments:

pakurawan said...

"yea,dapat tulis ! tak,tadi ada urat simpul mati dalam kepala,tapi lepas tulis sikit, lega ."

memang selalu terjadi.

tepianmuara said...

bersara?


aik??

bawahbumi said...

@hazen

asyik sama je.ish.

@TM

ramai hebat hebat.segan rasa.