macam biasa,kelas farma sangat damai.damai sebab masa tu masa kemuncak dan kritikal untuk ketiduran.tengahari,memang biasa macam tu.layu setelah dilenyek dua subjek gergasi , dental material dan oral pathology.subjek apa je yang tak gergasi sem ni :'(
minat dengar doktor terang , sebab bincang pasal ubat ubat dan sakit sakit . seronok walau kadang kadang menghidapi masalah blank,nama orang pun susah nak ingat,inikan pula nama ubat yang tak pernah makan . bes banyak pengetahuan am dapat .
tapi bila habis je subjek tu , sebaik doktor mengakhiri kata-katanya dalam pukul 12.30 , konklusi saya dalam otak adalah " see,drugs are not that good,never take medicines,lets eat good things " hiss,terbakar macam tu je 1 jam setengah nama ubat yang doktor ajar.
setiap ubat mesti ada side effect.sebab tu saya payah nak percaya ubat
*doktor,sila lempang saya sebab buat konklusi sebegitu rupa*
*nasib baik tak ambik medik,macam mana nak yakinkan pesakit,kalau diri sendiri pun tak percaya kat ubat*
manusia selalu mahu membaikpulih taraf hidup , tapi dalam masa yang sama sebenarnya memusnahkan diri sendiri . adakah sebab ubat , jadi umat manusia bagai buih buih di lautan ? adakah ? bila manusia semakin susah untuk mati , maka bumi sampai satu masa tidak mampu lagi untuk menampung bebanan jumlah manusia ditambah dengan bangunan tinggi yang menjadi lambang keunggulan sesuatu negara . maka,bumi pun hancur menjadi seperti debu ditiup hawa panas.
jadi,sebenarnya kita sedang membaikpulih diri atau memusnahkan diri ?
definisi kejayaan yang sebenar ?
pernah dengar , naik untuk jatuh ?
![]() |
refuse medicine , increase fruits |
lalu,mereka pun bertanya.ainaa,perlu ke fikir pelik macam ni.kita belajar ubat je pun.lalu saya memejamkan mata untuk tidur.buat buat mengantuk.
this is what actually inside my head,when im in the middle hall at 11.15 till 12.30.never about drugs' name.blame myself for being di luar alam.
kempen makan buah.
tulus.salam..
2 comments:
ingatkan nak cakap sedih dr last ajar tadi!
sedih sedih, tapi..
yang patah tumbuh yang hilang berganti hi hi =)
Post a Comment