Saturday, November 12, 2011
a soul of a tree
ini kisah aku,sebatang pokok tua.
hari ini
calar di tubuh batangku,siapa yang peduli.setiap kali manusia datang berteduh di bawah,ada saja daunnya yang dipetik,kadang sehelai kadang rimbunan yang gugur.aku menangis,tanpa suara.
esok
datang pula seorang budak,membaling batu.sakit.luka luka..
lusa
datang dua manusia , couple agaknya.berkelah di bawah teduhanku.sebelum pulang,kulit batangku sempat dirobek ' i <3 u sara - adam ' . lalu mereka tersenyum bahagia dan pulang ,aku ? pedih !
kini,telah 5 tahun usiaku.penuh kesan torehan manusia di sana sini.kebanyakannya menulis ' i was here' .aku pun tidak faham apakebendenya i was here tu.dan, aku masih berdiri di sini, setia menunggu matahari dan bulan terbit silih berganti.aku cuba untuk memaksa diri,supaya memaafkan mereka.mungkin saja mereka belum mengerti. biarlah aku terus begini , memberi dalam dilukai .pedih dan terkilan ini aku balut sendiri , mohon Tuhan sembuhkan sebelum mati.
yang ikhlas,
a tree.
antara hakikat yang cuba untuk difahami oleh sebatang pokok:
1. manusia itu kerna tidak tahu,lalu selalu menyakiti
2. kemaafan dapat menyembuh,tiada guna bengkak di hati
rupanya pokok juga punya perasaan.cuma kita saja yang tak tahu atau tak mahu tahu.rasa semalam,mungkin tak tersembuhkan sekelip mata.perlu masa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
"aku pun tidak faham apakebendenya i was here tu"
haha~
XD
eh, xmembina pulak komen ni~ =.=!
psst: sori, benda sama tapi takut salah faham pula komen 1st tu~ =.=!
"rupanya pokok juga punya perasaan"
ayatnya seolah cerita atas bukan rekaan :D
mungkin kerana pokok juga makhluk ciptaan Tuhan. tp yang lupanya kita.dia juga makhluk hidup.
@-iNtaN-
ish ish memang x membina .
xD hikk.
@wawa
mungkin benar.eh ttbe teringat klausner dlm antologi inggeris satu masa dulu.
amalkan istighfar utk diri,org tua,n seluruh kaum muslimin n muslimat-sblom tido.
memohon ampun utk org lain sekali(mohon keampunan Allah utk semua yg pernah buat salah kat kita)..insyaAllah tidur jadi tenang.
berkorbanlah walaupon tidak diketahui!Allah Maha Mengetahui :)
@anon
trima kasih atas nasihat.
insyaAllah =)
Post a Comment