salam sejuk semua.
apa khabar semua,ada yang selsema?
ya ya,serupa.
dua tiga kurun kebelakangan ni,daya baca agak merudum.
kalau dulu,masa muda remaja,1 buku berhalaman 300+ boleh dihabiskan dalam dua malam,penuh perasaan dan penghayatan.memang dahsyat.
tapi,sekarang...sudahlah satu cerpen pun mahu diskip skip,tanpa penghayatan pula.sangat melampau.apakah yang sedang melanda diri ini,adakah normal,arh stres amat ! kemungkinan sebab musababnya:
-umur lanjut
-fanatik gigi
-hormon kurang aktif
-sudah 3 tahun tidak serius menulis
-sudah tak ada soalan essay
-sudah lama tak nampak kertas kajang
jadi,kemungkinan genetik AGTTTA,iaitu genetik menulis dan membaca telah mengalami deletion atau inversion.bayangkan,punyalah semangat pinjam buku orang,baca 3 helai,dah letak balik.abnormal orang patho kata.
tak boleh jadi,kena buat terapi gene dengan segera.cuti seminggu ni mungkin boleh stimulatekan balik neuron yang telah berkarat,akibat lama dibiarkan setelah habis spm. ha ha. rupanya dalam diam saya ter-rindukan musim peperiksaan di sekolah dulu.macam wow, itulah,orang kata jangan benci benci,nanti sayang.
kalau soalan objektif,jawab cepat cepat,cek sekali,terus pusing kertas belakang sekali,menconteng segala mak nenek.diam diam conteng,takut cikgu datang intai.puas conteng,tidur macam patung.taknak cikgu sedar.tapi sekarang zaman sudah maju,tidak perlu kertas dan pen.hanya perlu tetikus dan keyboard.sungguh kurang seronok,rasa kehilangan.kalau dulu,idea cepat datang , hasil contengan.
violin-kuceng-hati-pensil-kertas-khemah-8orang-kampung-dusun manggis
menulis memang payah.menulis dan mengarut dua benda yang berbeza.
2 comments:
bab tido mcm patung tu betul!hee :D mmg xperasan.
violin-kuceng-hati-pensil-kertas-khemah-8orang-kampung-dusun manggis
abende ni ena?? wondering..
Post a Comment