hari ni 18 november
19 tahun dulu , lahir seorang bayi perempuan yang kuat menangis.
kakaknya yang baru berumur satu tahun sedang berbotol susu dalam buaian
pelik melihat adiknya , menangis seperti kena dera.
lalu aku di dalam dunia buaianku , sambil melihat mak membelai adik.
mendodoi diri sendiri sehingga lena sendiri dengan lagu bagaikan melukut di tepi gantang.
T_________________T
(eh,percaya ke,budak 1 tahun mana ingat pape la,ini imaginasi penulis)
tapi sekarang dah tak rajin menangis dah dia,
dah tough dah katanya * sangsi jugak sebenarnya *
mungkin air mata dia sudah kering
digunakan masa dirinya masih bayi
xD
kehadapan adikku nyonye,
zaman lampau , kita sempat menjadi dua orang budak yang entah pape , takde keje . sanggup terguling terlentang belakang rumah pagi-pagi , sebab nak tangkap rama-rama . bila ingat balik , rasa bestnya hujung minggu dekat laman rumah ! kalau tak dapat rama-rama besar , kita pergi dekat pokok daun limau purut mak , ada banyak ulat beluncas color hijau . gunting dahan pokok , letak dalam bekas kaca . walau tahu benda tu gatal , tapi nak juga demi nak tengok rama-rama keluar dari kepompong . alhamdulllah,tak kena gatal . kalau hari tak berapa bagus , hanya ada kupu-kupu kecik color ungu . tapi senang mati , kesian dia kitorang bunuh . terbunuh sebenarnya . sebab tu , bila dah jauh jauh , kadang akak ternampak rama-rama melintas . terus teringat belakang rumah yang bermakna bagi seorang kanak kanak macam kita . terima kasih sebab sudi keluar awal dari perut mak teman zaman kecik akak , umur kita tak jauh , jadi akak selalu ada kawan bermain , bercerita dan bersekongkol . syukur sangat sangat . nye mesti teringat kat akak kan,bila tengok parut dekat muka nye hik hik ! adoyai , kelakar :D minta maaf sangat tak sempat nak buat benda istimewa macam picture comel comel , tengah berperang dengan exam , next exam subjek yang paling horrrrrorrr , doakan eh :'( . tapi yang akak coret coret atas ni pun , boleh tahan la manis dia kann , kan? kan? eleh , geleng la sangat , tadi bukan main lebar senyum .
1001 kenangan yang lain , flashback sendiri .
so, selamat hari lahir nye ! akak doakan nye selalu dalam penjagaan Allah , dimudahkan jalan ke syurga , dimudahkan jalan menuntut ilmu , dimudahkan segala urusan tiket selepas ini (eh ?) ha ha. akak tahu nye rajin , so malas nak cakap belajar rajin-rajin. juga dikurniakan kesihatan dan keselamatan .aminn.
HAPPY BIRTHDAY !!
tulus,
me.
5 comments:
selamat hari lahir.
tak sangka akak punya memori yang baik jugak.ingatkan daa lupe.
tenkiu for being so sweet all these 19 years.
oke selamat ber-exam.i.A kher.^^
~ops..lupe.tenkiu juga org atas.
'jadi akak selalu ada kawan bermain , bercerita dan bersekongkol'
penggunaan 'bersekongkol' kat atas tu sangat bes! macam..natural dan jujur.
memang tak boleh lupa 'partner in crime' waktu kecik.
hah.
mase korang main rama2...along buat ape?
@hazen
time kaseh.
@nye
hey hey mestila i ingat :)
@tepianmuara
memang partner in crime la tuh , buli adik lagi satu
@along
ermmm,takde dalam memori pulak . rasanya along tengah tolong mak atau abah kot. takpon tengok kartun. hik2.
Post a Comment