Saturday, December 10, 2011

kahwin dulu , mati dulu ?

alhamdulillah  :)

Allah gives me a nice family though small,and a warm house though again ,small.well,to have the biggest is not always an issue he3 as long as bahagia hati dan jiwa  :D jalan jalan dengan keluarga tak pernah mengecewakan.

okeh..sepanjang tak menulis,terlalu banyak benda yang berlaku.terlalu cepat sampai tak terkejar dek jari.sungguh,pantas.dan,saya tertakjub dengan satu makhluk yang bernama masa.pelik kan masa ? kita langsung tak boleh lari dari masa.berbeza dengan tempat kita boleh lari,contoh dari irbid kita nak lari pergi amman ke.dan,masa hanya ada dekat dunia.kalau masa?memang tak boleh lari,dia gerak,kita pun tergerak sekali.

lagi,memang tak tercapai dek akal kita,macam mana dekat akhirat nanti makhluk yang bernama masa itu tiada.jika kita bahagia,maka bahagialah selama-lamanya tiada had masa,juga tiada tua.oh,kalah botox.dan,jika sebaliknya,na'uzubillah,minta Allah lindungi kita dengan rahmatnya.

semakin berganjak umur,semakin kerap juga berita perkahwinan singgah di telinga.senyum memanjang.tidak kurang kelahiran insan baru,juga..seronok memanjang.dan berita kematian,termenung lamaaa.saya kira,itu semua cara Allah menyayangi hambaNya.cuma tinggal kita,mahu berfikir atau tak.

ada orang fikirnya asyik pasal nikah kahwin.tak habis habis dari tahun satu.padahal,benda tu bukanlah pasti yang amat.saya bukanlah anti-kahwin,takdelah sampai macam tu sekali.cuma saya fikir,kalau betul betul serius mahu kahwin,buktikan dengan akhlak,cara berfikir,cara mengendali emosi,cara mengurus kehidupan seharian.korang rasa korang boleh kahwin la,kalau belajar ke mana,pakai baju kemana,masak pakai perencah aje,makan pun di luar tiap tiap hari,beli barang ikut nafsu suka hati,membazir duit,sembahnyang tunggang langgang,biological clock terbalik,ke macam mana?ya,tanya diri sendiri jugak la ni.

semua sudah cukup pandai,ada benda yang jauh lebih pasti dari kahwin.jemputan malaikat Izrail teramatlah pasti,lebih pasti dari kahwin.ada orang,dipanngil bertemu Tuhan sekalian alam sebelum sempat pun kahwin.yang ni patutnya kita fikir tiap tiap hari.aduhai,saya pun tak tahu,kubur saya esok esok,jadi tempat berehat dari dunia atau sebaliknya.gelap atau terang,sempit atau lapang...carilah mana-mana amalan yang boleh kita istiqamah,bekalan esok lusa.

sedekah banyak banyak Al-Fatihah pada mana-mana ahli atau kenalan kita yang sudah dijemput Tuhan,semoga lapang kubur mereka.ingat je terus sedekah,ingat je sedekah.sedekah bukan dengan harta sahaja kan ? doa anak soleh,doa cucu soleh,doa sahabat sejati.saya pernah mimpi tentang arwah Ilham,saya mimpi masa tu,ada banyak sistem perubatan yang menggunakan nama arwah.mungkin terbawa bawa entri ustaz hasrizal.aduh,kuat betul penangan mati.

to be honest,saya lihat mati itu bahagia.sebab,orang itu sudah selesai tugasannya di dunia,dengan syarat andai saja tugasan itu dapat dilaksanakan sebaiknya.andai telah berhidup dengan hidup yang islam seislam islamnya.saya?banyak sungguh cacatnya,Allah menyembunyikannya.kalau dizahirkan semua dosa di dahi dan muka,mana mungkin saya berani keluar dari rumah.

saya tahu,saya belum buat sehabis baik.
there is always a room for improvement but right after the death,nothing can be changed.

enoughlah bersembang benda yang tak membawa kesan pun pada hati dan jiwa.kurangkan.
paling sedikit,kita beringat ingat sesama ahli keluarga,kenalan rapat :)) paling sedikit lah tu.

nak share sajak Salim A.Fillah,tentang nabi Musa.
NAMAMU, SANG RASUL

dulu aku bertanya, mengapa namamu yang berulangkali disebutNya
dan kisahmu yang bertebar merambah hampir tiap surah
bahkan Allah menetapkan; kau terkisah untuk menguatkan jiwa
hati dan rasa seorang Nabi penutup masa
ya, kini aku tahu.. betapa tak mudah menjadimu hai Musa
mengemban risalah dalam keadaan yang serba tak sempurna
kau tak fasih bicara, sulit berkata-kata
dan sebab khilaf masa lalu, kau tersalah membunuh

maka saat wahyu turun, air matamu menitik, tubuhmu berpeluh
dalam kesadaran akan beratnya beban, kau mengeluh
"bicaraku gagap, lidahku kelu, aku takut mereka akan mendustakanku..
dan pada mereka aku berdosa sungguh, aku takut akan dibunuh"

ya, kini aku tahu, sungguh tak mudah menjadimu
sebab dalam keterbatasan itu, Allah berikan untukmu lawan penuh kuasa
perbendaharaannya kaya, kerajaannya luas, tentaranya perkasa
punggawanya setia, lagi taat buta
mengaku tuhan tertinggi, dia merasa berkuasa atas hidup dan mati
dan kau.. kau terhutang budi masa kecil padanya

dan tahukah kau duh Musa, kelak kaum yang kau pimpin
yang kau bimbing bebas dari perbudakan tiran
yang menyaksikan sejuta kuasa Allah menaungi mereka
akan berlomba membangkangi Allah dan mendurhakaimu?

malam ini kususuri kisahmu, dan aku takjub
atas takdirNya, masa lalumu tak sempurna
kau terpilih memikul risalah suci, dan kau didustakan
sedang Muhammad dipilihNya dari pribadi yang terjaga sempurna
dia memikul risalah dengan gelar al amin yang masyhur sudah
tapi diapun tetap didustakan

mungkin sebab itulah kisahmu selalu menjadi penguat hatinya
di saat-saat berat, Muhammad mengenangmu dan melirihkan gumam
"semoga Allah menyayangi saudaraku Musa..
sungguh ia dicobai lebih menyakitkan dari ini"

malam ini duhai Musa, kususuri kisahmu
aku tersenyum, alhamdulillah, kau membuatku merasa
beban-beban da'wah ini hanyalah seberkas kapas
tapi di sisi lain, menelisik ceritamu, mataku basah
"ahh.. surga, rasanya masih jauh, sangat jauh.."
akhirnya,difahamilah.terbukalah simpul soalan selama ini.sangat tersentuh,terima kasih yang sudi mengeshare benda bernilai ini.cerita nabi Musa boleh belek tafsir surah Al-Qasas,Al-Kahf,Al-A'raf dan lain lain.

bye bye till then.
salamm.

4 comments:

pakurawan said...

terasa banyak.

hanisahridz said...

like byk kali

huhu

bawahbumi said...

@hazen

maaf,tak sengaja =I

@farah

like tang mane tuuu? xD

husna said...

ainaa,
copied sajak salim A.fillah tu ea,
just on time baca, jzkk!!!