a cat is a forever baby.
innocent , tak matang , kebudakan
mengada ngada macam perempuan
rasa nak penyet penyet
peluk peluk
aqso,tunggu akak balik.
baik. esok bakal memulakan musafir.
tak mahu pulang dengan buahtangan penuh di tangan
mahu pulang dengan hati yang penuh
mahu susuri sejarah silam
mahu tenggelam dalam ukiran kota peradaban
saat semuanya gemilang di Cordoba
merah Al-Hamra,
saat saat Granada tinggal sekeping
akhirnya 1492,kunci istana diserahkan
sempurnalah reconquista
terlaksanalah inquisition
muslim dihalau dan disalib
ratu isabella dan raja ferdinad puas
christopher columbus juga tersenyum
kristian katolik mengambil alih
dibawa semuanya ke Itali
hingga ke hari ini,
kononnya di sanalah bermula Renaissance.
ke sana,semoga mendapat jawapan
selalu dalam lembaran sejarah
pasti ada 'the untold story'
dan saya sangat gedik untuk membongkar cerita
setiap satunya.
# oh rupanya Abulcasis atau Abu Al-Qasim Azzahrawi (Azzahrawi) lahir di Cordoba.tulisannya yang berjilid jilid adalah rujukan utama dalam bidang pembedahan.mengasaskan banyak alat bedah.
pasti ada rahsia yang hanya dapat disingkap dengan hati dan mata kepala.
lalu,saya ke sana
bukan untuk sekadar mencuci mata
semoga musafir ini musafir yang tidak sia-sia,tidak bersifat sementara.
# ada sesuatu tentang perang salib yang saya masih bingung.
# terkenangkan Thariq ibn Ziyad dan Musa ibn Nusair.pasti pahlawan itu sedang kecewa menanti.
paling utama,doakan kami dipermudah perjalanan.selamat pergi dan pulang.selamat memaknai cuti dengan keasyikan alam,dan misteri kota binaan.aminn.
1 comment:
moga dipermudahkan...
selamat bermusafir~
Post a Comment