Friday, February 17, 2012

selendang hanya selendang

di saat kau makan nasi ayam,tetapi yang terasa hanyalah seperti pasir pasir kering yang ditelan,kau tahu ada sesuatu yang tidak ada jawapan untuk ditangisi kerana semalam,telahpun lengan bajumu itu basah mengesat air mata.saat saat ini,kau fikir hidup tiada lagi punya makna,akhirnya semua akan hilang.kalaupun sayang itu wujud,sampai satu masa ia juga akan hilang bersama gerak roda.menjadikan kau takut dengan perasaan sayang yang baru mahu bercambah,lalu segera dicantas.

maka,apalah ertinya,menghala ke arah lain,tapi mencari sesuatu yang lain.engkau mahukan aku menjadi seperti puteri gunung ledang,sentiasa tampak tinggi dan sempurna.sentiasa kuat,dapat berdiri tanpa perlu diampuh.dan, jawapan aku untuk kamu sampai bila-bila pun,maaf,aku bukan dia.aku bukan puteri gunung ledang yang hikayatnya dijadikan teman tidur si kecil.aku,cumalah perempuan pudar yang sesekali matanya memerah menahan amarah,matanya sembab menahan dari tumpahnya air hangat.tiada yang istimewa, janganlah dipandangkan pada warna selendangku.warna cerianya tidak bermakna hati aku juga begitu. jangan dikejar pada selendangku,jangan dikejar pada pakaianku,jangan dikejar akan gerak geriku,jangan dikejar akan mataku.kejarlah yang kekal.si dia yang punya cinta dan memberi cinta.


aku mencari kau di ruang masjid,di sekolah,di kaki lima,di dalam doa,di taman,di dalam hujan lebat,di semua celah tempat yang bisa aku temui kau sebelum sebelum ini.nyata,rajukmu kali ini,luar biasa.aku sudah menyerah kalah mencari,aku serahkan pada sabar dan masa.tidak mengapalah,andai rajukmu sejuk nanti,datang sajalah bila-bila yang kau sudi.tiada ertinya meneruskan kehidupan tanpa kau didalam.jadi, cepatlah,aku tunggu !

No comments: