Friday, March 09, 2012
jalan menuju soleh
nak hidup dekat dunia,jantung sihat perlu.tapi nak balik nanti,jantung rohani yang perlu sihat .
mashaAllah,cantik manusia pada hatinya.
kita bersetuju setiap manusia pernah dan akan berbuat dosa.walau sebanyak mana kita dengar ceramah,walau sebanyak mana kita mengaji kitab,walau selabuh mana pun tudung,insan adalah insan.kadang, rasa letih datang,lepas buat dosa,bertaubat lepas buat dosa bertaubat lagi.tak tahu bila nak habis. ='( agaknya seumur hidup macam tu.
tapi,jiwa yang besar akan terus menerus berusaha mencuba yang terbaik untuk menjadi sesoleh mungkin,walau jalannya tak berpenghujung,sekurang kurangnya,bila kita mati nanti,kita mati di atas jalan menuju soleh.jangan kecewa dengan diri sendiri,rahmat Allah sangat luas.lagipun,kita masuk syurga nanti dengan rahmat Allah juga kan ?
semoga Allah pelihara kesihatan Dr Asri.aminn.sob sob.takut sangat kalau Allah hilangkan ilmu,sementara masyarakat masih perlukan penawar berupa ilmu.
maaf banyak pula update #kiki#
sekagum-kagum aku dengan Dr Asri,kagum lagi aku dengan ibunya.macam mana mahu lahirkan pejuang ey.nak gazetkan anak awal-awal untuk islam,jadi pejuang kebenaran,tak takut penjara,tak takut manusia,sebarkan ilmu.mudah mudahan.aminn semua aminn...niat awal,anak anak kita nanti semuanya pahlawan.
takdela jadi macam maknya ni ha,tahu tulis dekat blog je =(
jangan gelak ha,ini seriusss.
Anak: Ibu, kenapa dalam tv, takde superhero yg Islam. Spiderman, Batman, Ironman, Superman, semuanya orang putih. Kenapa orang Islam takde superhero jugak?
Ibu: Anakku, superhero Spiderman, Batman, Ironman, Superman semua tu adalah ciptaan orang bukan Islam. Mereka mencipta superhero mereka sendiri kerana mereka takde superhero yang sebenar wujud dalam masyarakat mereka.
Kita dalam Islam, kita ada Rasulullah s.a.w superhero teragung kita, Saidina Abu Bakar, Umar al-Khattaab, Sultan al-Fateh dan banyak lagi. Merekalah superhero kita. Yang benar-benar wujud, bukannya khayalan.
Anak: Yeay!! Adik bangga menjadi orang Islam.
p/s: Inilah yang perlu diterapkan dalam pemikiran anak2. -by StyloIslam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment