Wednesday, March 28, 2012

kehidupan bukan mcq

semangat untuk meneruskan perjalanan yang masih berbaki.hakikat kemenangan bukan pada jumlah,betul ? kalau tidak,masakan Badar hari itu mereka beroleh menang.sebab itu,persoalan persoalan yang biasa manusia pandang sebagai tidak berjaya itu aku terbalikkan maknanya.

tiada gagal.jikalau ada pun,hanya tulisan yang dibaca oleh mata.tapi hati yang positif,bacalah 'gagal' itu sebagai pengalaman.write it as failure,but read it as experience.

dalam lab,bergembiralah dengan buat salah.at least aku tahu,oh macam ni ye salah.kadang kadang terdetik yes bila dokter cakap salah.siuman tak siuman,kesah apa,yang penting belajar !

tolonglah abaikan markah.markah tak menunjukkan kita hebat pun.belajarlah menjadi manusia yang berdikari,yang boleh berdiri sendiri.belajarlah mengemudi hati.belajarlah memerhati diri,memerhati hari.jangan biarkan malam berganti dengan sia sia.belajarlah memahami hidup.belajarlah sehingga kita nanti dapat pulang ke negeri abadi dengan qolbu saleem.hati yang sejahtera.

memang,kalau nak disenaraikan apa yang kita tak puas hati dengan apa yang berlaku,memang boleh sangat.apa susah,type panjang panjang tekan post sebagai manifestasi kebencian.kalau amalkan,sampai bila bila pun,masalah tetap masalah.kesusahan tetap akan datang,secerdik mana buat persediaan,sedikit kekurangan itulah yang Allah datangkan untuk mendidik jiwa menjadi kental.

didikan Allah,begitulah.sedikit berbeza dengan didikan yang manusia ajar.

aku sudah terlalu penat,untuk 20 tahun yang lepas mengikut semua makna melalui kacamata manusia lain,melalui kamus dewan bahasa.definisi definisi yang terlalu ideal untuk sebuah kehidupan.ini masanya untuk aku ada makna tersendiri dengan setiap apa yang berlaku.tidak ada lagi yang boleh paksa aku megikut mereka.aku bukan robot baik mengikut kata.lebih baik jadi manusia yang rebelious dari robot baik.sekurang-kurangnya aku ada pendirian.

tapi pastilah kita mahu menjadi manusia yang berusaha menjadi baik.
semoga Allah tuntun satu persatu.bahu ini,mohon Dia kuatkan.

kacamata aku sedikit berbeza.jangan pelik jika satu hari aku memandang aman sahaja fakta gagal.kerana aku tahu,bukan gagal.ia ilmu baru yang manusia belum teroka.

akhirnya,dewasa itu perlu juga kita tempuh.oh,doremon,kalaulah ada mesin masa,tolong bekukan zaman kanak-kanak aku ! ia telah mati,tapi segar hidup dalam memori.zaman kegemilangan kita,saat semuanya kita rasa kita boleh jadi.

haih.pagi pagi ni tersayu pulak.ish ish.
wassalam..selamatlah mengemudi sampan,sesekali alur tenang sesekali tak.

jika hidup itu irama,ujian itu lagunya.
irama dan lagu mana dapat dipisahkan.walau kau lari ke kutub utara sekalipun.selagi kau hidup,ujian akan mengikut.railah ujian sebagaimana kau meraikan hidup ! :D


3 comments:

Jamilah Mohd Norddin said...

cikgu-cikgu selalu pesan, daripada kesalahan itulah kita belajar. Jangan takut buat salah ketika belajar. :)

hanisahridz said...

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

teman kasih teman saya borak tiap2 hari =)

penat layan perempuan borak ni, faham je tu, huhu

bawahbumi said...

@ila husna

kannn,baru hidup aman damai...buat je salah banyak banyak :D

@farah

eheh.wavelength sama,borak sampai subuh pun tak perasan.

demi dinda,telinga dua ini sudi hamba tadahkan =)