Ingat lagi cerita kekasih Allah Ibrahim.Pertama, Allah mengujinya dengan lambat dikurniakan zuriat.Kedua, setelah lahir anaknya iaitu baginda Ismail,Allah menyuruhnya pula meninggalkan Hajar dan Ismail, di mana ? bukan di pasar malam,bukan di kaki lima kedai,tapi di tanah gersang tak ada manusia! Ketiga, setelah besar Ismail,Allah sekali lagi menguji baginda,disuruhnya baginda supaya menyembelih anak kesayangannya!
semuanya baginda lakukan tanpa bantahan.aduh,saya tak boleh bayang.baginda Ibrahim sangat sangat kuat.Kadang,bila baca baca tafsir yang ada cerita nabi Ibrahim,terharu,selalu baginda akan mendoakan zuriat keturunannya.Jadi,saya fikir baginda Ibrahim ni mesti seorang yang sangat sweet,sangat kekeluargaan,sangat penyayang,dan Allah pun banyak menguji baginda dekat part kasih sayang ni.
okeh.yang sebenarnya saya rasa macam er 'iman kau ni ainaa memang betul betul kuning'.entah apa kena,selalu teringatkan mak-abah-rumah.langsung jauh dengan cerita nabi Ibrahim yang kuat.langsung tak tabah.tengok nabi Ibrahim,tenang walau sudah jatuh --> ditimpa tangga --> dihujan tong cat lagi.
kau ni,alahai kena gigit semut api je pun.nampak sangat iman kau ni setitis dari selautan iman baginda Ibrahim kot.entah entah setengah titis je.pathetic!
kalau kekasih Allah,ulang KEKASIH Allah kena uji teruk macam tu,saya ni,yang tak dinobat sebagai apa apa ni,hanya seperti seekor kucing rumah,sangatlah layak untuk diuji.sila menginsafi diri dan jangan banyak tanya kenapa itu kenapa ini.
best pulak,dulu dengar cerita nabi-nabi dekat tv 'kisah kisah anbiya' tak pernah ada rasa pun.mungkin masa tu,umur pun 5,6 tahun,hidup macam dekat syurga lah ye tak,semua seronok,semua smooth,ideal sangat hidup.mana nak faham apa itu cobaan.dah umur 20 ni,barulah faham sikit macam mana nabi-nabi dulu berjuang,mereka pun manusia juga macam kita.tipu lah tak pernah menangis dan rasa gundah gulana.
:) hero kan ? ya,saya rasa cerita nabi sangat hero,lagi seronok dari cerita superman.
tapi tak salah kan kalau homesick banyak kali? dekat farmasi dah tanya dah,tak ada pun ubat anti-homesick.anti-meowsick,semua tak ada. kira boleh la kan.
#jatuh hati dekat nabi Ibrahim.hee~
sila baca dengan membayangkan perasaan seorang suami isteri yang baru dikurniakan anak :
______________________________________________________________________________
“Wahai suamiku! Ke mana kanda hendak pergi? Kenapa kanda tinggalkan kami di lembah sepi ini?”
Namun Nabi Ibrahim tidak menjawab.
“Wahai suamiku! Apakah Tuhan yang memerintahkan kamu untuk meninggalkan aku bersama anak kecilku ini di tempat yang sunyi ini?”
“Ya, benar!”
“Kalau begitu, tentulah Tuhan tidak akan mensia-siakan kami!”
Ibrahim mengangkat kedua-dua tangannya ke langit sambil berdoa:
“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku menempatkan dari keturunanku di lembah yang tiada mempunyai tanam-tanaman berdekatan dengan Rumah Suci Engkau. Wahai Tuhan kami! Ingatkanlah mereka supaya mengerjakan solat dan jadikanlah hati-hati sebahagian manusia tertarik kepada mereka, dan berilah mereka rezeki dari buah-buahan, moga-moga mereka bersyukur”
“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami terang-terangkan, dan tiadalah tersembunyi kepada Tuhan sesuatu pun, baik yang di bumi atau yang di langit.”
Surah Ibrahim
ayat 37-38
______________________________________________________________________________
Allah...sepertimana Kau kuatkan hati kekasihMu Ibrahim ,tabahkan pula hati kami sementara nak tunggu balik.Jagakan mereka lebih dari sepertimana mereka telah jaga kami sewaktu kami kecil
selamat malam.
wassalam.
nyanyi dengan gantikan lirik;
dihempas ombak(exam),
terdampar buih(ainaa),
menanti waktu,
pulang ke laut(rumah!)
-lirik Allahyarham Loloq
9 comments:
kuning?
haaa.
suka jugak Nabi Ibrahim.
rasa macam tiap kali Allah menyebutkan tentang Nabi Ibrahim dalam Quran, ayat tu memang sedia lembut. macam...penuh kasih sayang.
Nabi yang sangat santun.
@farah
.......(marah ni)
@akhyar
kuning,demam kuning.nak biru pun boleh,cyanosis.
@tepianmuara
nabi Muhammad,nabi Musa,nabi Ibrahim,nabi Nuh,nabi Isa
gali lagi cerita ulul azmi.cerita dalam cerita,ujian sesuai dengan karakter peribadi.
kasih sayang DIA memang melimpah ruah.
dengan macam2 wasilah.
untuk kita perhati dan pelajari.
:)
rindu ena.
'Ainaa-sick'.
boley? :D
@qus
:D
na-sick?hehe. *malu*
hanya mampu bersabar dengan sakit yang tiada obat ini.isk.
(n_~)
Nabi Ibrahim hebat,isteri-isterinya hebat,zuriat mereka juga hebat!
:)
ena amek medik ke dentist? :D
@ (n_~)
walau tanpa perkataan , tapi boleh difahami :)
@tah
kan,sebab tu tah kena doa banyak banyak mcm nabi Ibrahim.kiki.ena amik dentis.
Post a Comment