Thursday, April 12, 2012

rahsia seluas langit bumi

Perlahan sangat pelan hingga terang kan menjelang
Cahaya kota kelam mesra menyambut sang petang
Di sini ku berdiskusi dengan alam yg lirih
Kenapa matahari terbit menghangatkan bumi

   aku orang malam yg membicarakan terang
   aku orang tenang yg menentang kemenangan oleh pedang

Perlahan sangat pelan hingga terang kan menjelang
Cahaya nyali besar mencuat runtuhkan bahaya
Di sini ku berdiskusi dengan alam yg lirih
Kenapa indah pelangi tak berujung sampai di bumi

   aku orang malam yg membicarakan terang
   aku orang tenang yg menentang kemenangan oleh pedang

cahaya bulan menusukku dengan ribuan pertanyaan
yg takkan pernah aku tau dimana jawaban itu
bagai letusan berapi bangunkan dari mimpi
sudah waktunya berdiri mencari jawaban kegelisahan hati

Terangi dengan cinta di gelapku
Ketakutan melumpukanku
Terangi dengan cinta di sesatku
Dimana jawaban itu


-Cahaya Bulan (ost Gie)

________________________


semoga kita ketemukan jawapan , ternyata banyaknya rahsia di langit,di bumi,dan apa yang ada antara keduanya.sehingga sampai runsing berfikir-fikir tentang ilmu yang bukan miliknya kita , tentang susunan takdir, ia(takdir) sering datang tanpa mengetuk daun pintu,tanpa kita jemput masuk ke ruang tamu,bermain main di ruang masa, dan jantung kita mulai sesak.



kita merasakan kita tak mampu keluar darinya,tapi akhirnya Allah mengeluarkan kita darinya.kita merasakannya,kita semua merasakannya,kasih sayang Tuhan dalam banyaknya air mata yang gugur ke bumi.


“Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Hud : 123)


rahsia yang terlalu rahsia.diam diam,kita meyakini,Allah sentiasa mengawasi.Terkadang situasi belum diubah kerana Allah mahu mengubah hati kita terlebih dahulu.mungkin sebab itu,kita diuji di titik terlemah.


berserah dengan serahan paling jujur.
hasbunallah,kuat kuat tanam dalam jantung.



5 comments:

Akhyar said...

"aku orang tenang yg menentang kemenangan oleh pedang"

=]

tepianmuara said...

'Kenapa indah pelangi tak berujung sampai di bumi'

sila pilih line feveret anda. hah

bawahbumi said...

tak boleh nak pilih,semua line sedap :)

tepianmuara said...

sejak baca entri ni, entah berapa puluh kali lagu ni aku ulang.

semoga semua baik-baik sahaja.

bawahbumi said...

insyaAllah baik semuanya.
selamat juga.