satu,lelaki.
dua,orang yang degil.
tapi,kalau baca lebih,sebenarnya..
i-
perempuan pun hebat juga kalau kena pada tempat yang sepatutnya,sesuai dengan peribadi.Salim A.Fillah ada sebut perempuan boleh disamakan dengan lampu pelita minyak tanah.begini,kenapa agaknya orang tak letak pelita dekat tengah-tengah ruang tamu ? sebabnya bila letak dekat penjuru dinding, cahaya yang tersimbah ke dua dinding kanan kiri mampu menerangkan seluruh bilik dengan cara pantulan.
berbanding kalau letak tengah tengah,cahayanya hilang dimakan ruang sekeliling.langsung malap.begitu juga perempuan,terkadang posisinya yang di hujung itu lebih membantu.walau tersorok,tapi ada peranan besar yang selalu orang anggap tak bermakna.
ii-
orang yang degil selalu akan dapat apa yang dia nak.kalau dia bercita-cita maka dia akan kejar cita cita tanpa peduli sekeliling.cemburu,hanya sekadar cemburu,tak pula bercita cita nak jadi macam mereka.sebab,saya rasa dunia juga memerlukan orang seperti saya *mungkinlah*.menang pun tak apa,kalah pun tak apa.mata tak dapat membezakannya.asalkan semua gembira dan tak bergaduh,itu sudah lebih dari cukup.
saya tak ada cita-cita macam orang lain.sekian sekian tahun saya mesti dapat begini.sekian sekian subjek saya mesti dapat banyak ni.saya tak mampu memandang terus ke depan dan berlari mendapatkannya.my bad.
saya cuma seorang perempuan yang apabila turun rumah,nampak kucing cari makan dalam tong sampah.naik bas,nampak pak cik bas yang sudah tua menghisap rokok sebagai sarapan.dalam bas,nampak pengembala biri biri bermuka gelap memegang kayu panjang.turun bas,nampak pakcik jaga pagar.ke kelas,nampak pakcik tukang angkat sampah beruniform merah.dalam kelas,nampak dokter yang ikhlas mengajar. *dan kita berani beraninya mengantuk*
kehidupan yang bagaimanakah agaknya yang mereka sedang hadapi ? bagaimana pula esok ? senang ke mereka,demi mencari sesuap makan ?
senang macam kita ke sehingga kerap menguap sambil di tangan ada secawan kopi.saya juga tahu,walau pada mata kita mereka nampak payah demi sebuah esok,boleh jadi mereka lebih bahagia dari kita.cuma tertanya tanya,dan rasa nak tahu,kehidupan orang lain macam mana ya,mesti lah lain kan.kadang cuba mengambil tempat mereka dalam imaginasi untuk lebih menghargai apa yang kita telah ada hari ini.
erm.
_______________________________________________________________
"put your hand on your heart,
now open your folded wing
and fly away
fly toward the world
no matter how much the world against you..."
dalam video 3 minit lebih,nampak senang.tapi,yang menanggung sahaja yang tahu rasanya.sebenar benar jatuh,dan sebenar benar terbang.
sementara baru habis mid exam,izinkan saya berehat dari kertas-kertas sebelum berlari lagi untuk final.dekat JUST , pelajar dentist lah yang paling hectic , dah la kena belajar subjek medik juga, entah kenapa , ah tentu ada konspirasi di sebalik semua ni.
mode : conserving energy
4 comments:
part mengantuk tu, sedih. lagi-lagi hari ni, sedih.
nak masuk lab prostho khamis ni. nak join?
kerusi sedap sangat. :D
nak berlatih bending lagi ey ?
takla, sebab tadi duduk atas kerusi sedap :P tak tangkap sgt blaja ape kat lab tadi. tp nak praktis bending lagi pun boleh jugak. mcm best je kan, he.
baru ingat plan asal nak gi amman. haih banyaknye benda kena buat
agm agm agm
sila siapkan laporan =P
Post a Comment