andai dunia mampu bersuara pasti dia akan berkata dan ketawa melihat kita berlumba,terkejar kejar tak cukup tanah hal sementara ,bagailah dunia itu jalan pulang yang penamat.heh,kita mudah beremosi atas sebab sebab dunia material.semakin dikejar semakin kita haus.umpama minum air laut,semakin diteguk semakin tak cukup.
Allah sudah dulu lagi kan berpesan.kita saja yang buat buat buta,perasan hebat tak nak dengar kata.perasan beriman taknak minta ampun,perasan bijak taknak faham kalam dia.sudah terhantuk karang baru terngadah.
semua serba tak kena bila dunia diletak penuh penuh dalam hati.semua tak kena jika kita bergantung pada makhluk.
hasbiyallah,ni3mal maula ni3man nassir.Allah itu terlebih lebih cukup buat kita.bayangkan semua rahsia yang kita cerita pada Dia,semuanya Dia dengar dan Dia simpan,tak cerita dekat manusia lain.berbeza jika kita cerita semuanya pada manusia,kita tak boleh jamin satu hari nanti dia tidak cerita dekat orang lain.
ada sesetengah hal yang rumit,tak mampu untuk kita jelaskan kesemuanya.tak mampu,sampaikan perlu berjalan sambil tutup mata tutup telinga tapi hati dibuka seluas luasnya,biarlah Allah sahaja jadi tempat mengadu.begitu lemah insan,hanya mampu berselindung di sebalik kasih sayang Allah.
ohoi dunia,mainlah sorang sorang,kirimkan saja salam terakhirku kepada si kebanggan dan si keseronokan,katakan pada mereka aku pilih akhirat kerana aku percaya itu kampung halamanku,cinta pertamaku sebelum aku kenal engkau(dunia)...ternyata,cinta sesudah cinta pertama hanyalah nafsu.
ayuh kita pulang,Tuhan menunggu kita :)
wassalam.
sempena musim bunga,maaflah merah jambu.gee~
3 comments:
comel3 :)
comel jugak.
layout baru. hehe~ >.<
:) taktau nak respon apa,senyom je la.
Post a Comment