Diriku berlari
Kejar buih di kaki sirahmu
Malangnya tak jumpa
Hilang ditelan ombak masa
Lelah aku
Dan termangu di sini
Mencari sinar
Ku cuba mengutip
Butir bistari di pesisir kalammu
Inginku sematkan
Menghiasi dada kehidupanku
lalu terang destinasi abadi
Di hujung langkahku
Kau inspirasi
Jiwa nan suci
Inginku terus selami
Di dasar dirimu kilau cahaya
Mutiara putih
Menyinar ke dalam lubuk jiwa
Nan gelap gelita
Di dasar dirimu
Karang indah
Halus penuh seni
meneguh perjuangan kebenaran
Hikmah pekerti
Kau inspirasi
Permata hati
Ingin ku terus selami
Kau inspirasi
Walau kau pergi
Namun ku tetap di sini..
Munsyid : Nowseeheart
Lagu : Aidit Alfian
Lirik : Bro Idz NSH
Tetap akan berlari mengejar,dan cuba belajar.
Hati pecah berderai-derai pun,sirah nabi tetap dalam pelukan.
Sebaik-baik kisah untuk dijadikan tempat rujukan.
Orang buat kita,kita jangan buat orang.Macam kisah nabi Muhammad dengan wanita yahudi yang meletakkan najis di hadapan rumah baginda.Sekali pun,nabi tak pernah balas kan. Memang,kalau balas kita boleh tersengih sampai malam,rasa puas,rasa menang,tapi ia hanyalah satu rasa yang sekejap,
kepuasan itu akan pergi,yang berangkat ke langit itulah dosa.
Andai dikuatkan sedikit perasaan dan sabar,biarlah letih tak apa,kerana letih itu akan pergi,pahala sabar akan berangkat ke langit.Allah memerhati,memayung kita dengan seribu satu rahmat yang kita tak perasan.
Orang baling batu,kita jatuhkan buah.
Orang baling kayu,kita hadiahkan bunga.
Jadilah baik,dan tetap,jadilah baik.
Jadilah manusia yang mencintai berbuat baik.
Bukan untuk siapa-siapa,untuk Allah sayang.
'Diriku berlari
Kejar buih di kaki sirahmu...'
penat itu akan pergi
pahala naik ke sisi Ilahi
lalu bunga pun menguntum
rama-rama tersenyum....
5 comments:
tensen, pandai betul kau pilih lagu.
hah
hahaha~
xtau kenapa akak gelak bila baca kata ganda yang ada 'sengkang'.
janggal pulak tengok. haha.
err. sorry lari topik.
^^"
@dua-dua
ait sempat lagi mengomen esok exam.
@tepian
yang menulis lirik tu yang pandai ^^
@kak intan
huk.tula,sengkang sengkang tu sbb sy teringat kat akak laaa >.<
anggapla sengkang tu sbb sy rindu akk.ecey.
*ada org buat status ym tanak bukak blog(?),sape ntah..
ahaha. sila datang melawat anak sedara yang baru dan LAMA. haha
=p
eh? akak ke? ada ke akak wat status camtu?
ni baru menyempat komen lagi beberapa jam nak exam. haha
>.<
*lari*
esh esh gigih betul.
nak anak sedare :'( stres
Post a Comment