Saturday, May 05, 2012

Ibu bercerita tentang cinta.


"Ibu dulu,macam mana ?"

Entah angin pantai mana merasuk,petang itu ringan sekali mulut menanyakan.Aku asalnya tiada niat untuk memanjangkan,tapi ibu lebih dahulu memahami hati anak gadisnya.Ibu menutup api dapur,sepinggan pisang goreng dijamu lalu duduk di kerusi menghadap wajahku.

Ibu senyum penuh makna.Sambil mencubit-cubit pisang yang masih panas,ibu memulakan bicaranya yang manis.

"Ibu dulu pun macam tu juga.Berusaha untuk melupa,tapi tak boleh.Ibu pun hairan sebab ibu jarang cepat jatuh hati.Tapi dengan ayah kamu entahlah,ada sesuatu yang menarik-narik.Setiap kali teringat,ibu rasa susah hati dan takut,takut Allah marah sebab dah terjatuh cinta pada yang belum pasti"

"maksudnya ,adat lah ya bila terkenang kenang begitu ?"

"syaitan itu akan sentiasa berusaha keras,sekeras kita cuba melupakan juga.Tapi,bukanlah bermaksud harus dilayankan.. "

Andai cinta itu darah,seharusnya kita memang tak punya banyak pilihan.Untuk hidup,darah harus terus lembut mengalir dalam salur pembuluh.Diam diam mengisi jantung,diam-diam menuju organ.Tidaklah bermakna warna darah itu harus dijelmakan untuk membuktikan ia wujud.Bukankah darah, andai kelihatan di kulit atau di mana-mana rongga,itu tandanya berpenyakit ?

"Ibu tak ada petua atau ayat pengasih.Tapi,arwah opah kamu ada berpesan dengan ibu ; setiap kali teringat,bersungguhlah mengambil wuduk tenangkan hati.Kemudian solat sunat 2 rakaat.Andai belum berhasil,bangun dan solat lagi.Begitulah seterusnya,sehingga cinta Tuhan itu kamu gapai dahulu sebelum   mengisi cinta lainnya"

Mencintai Tuhan yang Maha Sempurna sahaja belum berjaya,inikan pula mahu mencintai manusia yang pasti ada cacat celanya.Kata-kata ibu selalu begitu,bunyinya biasa tapi menyusup secara luar biasa.Jantung yang tadinya mahu meletup,tapi sekarang telah kembali reda.Ibu ,katanya tadi tiada petua padahal itulah petua paling mahal yang tidak pernah ibu bagitahu !

"ni,ada apa-apa yang ibu tak tahu ke ?"

"tak ada lah,heee...."

Cinta memberi dua pilihan,kalau mahu cepat sambarlah mentah mentah.Kalau mahu manis tunggulah sampai ia benar benar halal.InsyaAllah,aku pilih yang kedua walau aku juga tidak tahu berapa harga yang perlu aku bayar untuk membeli sebuah manis yang satu itu.


Sudah lebih tiga tahun.Masih,ingatan itu masih belum mahu tanggal.Kalaulah ada vakum yang boleh sedut semua rasa untuk dia,kalaulah ada.Dalam pada ada cita-cita untuk melupakan,separuh hati lagi takut akan kehilangan.Mahu melupa,tapi tak mahu hilang,entah istilah apa yang sesuai dipakai pun tidak tahu,tapi yang pasti ianya sulit!



Hati,kenapa kenapa ? Kenapa boleh tersepit begitu..

Aku tampar tampar pipi ,menghentikan lamunan falsafah yang sudah panjang berjela dan bergegas bangun ke bilik air.Cuba menumpukan sepenuh perhatian ketika mengambil wuduk,satu persatu anggota disapu dengan cermat.Setiap butir air yang gugur dari celahan mata,dagu,lengan,dan kaki,semoga dosa-dosa kecil turut pergi bersama.


Sampai ke saat ini,itulah amalanku sehari hari.Amalan yang diajar ibuku.Andai ada senggang masa yang membolehkan wajah itu menjelma,pasti sejadah akan aku dapatkan dahulu.Mudah mudahan Allah simpankan buat aku sesuatu yang jauh lebih baik dan manis.

Allah,tolong cintai aku.
________________________________________________________

merah-darah-cinta-kehidupan



ya,seperti selalu,
tiada kaitan dengan penulis.

:)

9 comments:

tepianmuara said...

tempias Bahruddin Bekri lah ni.

hah

pakurawan said...

Ish biar betul tak ada kaitan. Bernyawa tulisan ni.

Kalaulah betul sekadar penulisan kreatif dah boleh fikir nak tulis buku ni.

Cuba tulis satu cerpen lengkap?

ibah said...

ainaa, hidup tulisan ni :D
ni mcm isi hati je ni?? haha
semoga yang termanis lagi terbaik ditakdirkan untuk ainaa, wanita solehah di akhir zaman

INTAN said...

'Cinta memberi dua pilihan,kalau mahu cepat sambarlah mentah mentah.Kalau mahu manis tunggulah sampai ia benar benar halal.'

fuhh.

teringat forum fatimah syarha.

sudah lebih 3 tahun ya, ena?

haha=p

bawahbumi said...

@tepianmuara

lenjun.hujan lebat.

@hazen

oh tinggi benar pengharapan encik, terima kasih.insyaAllah,mark as homework this holiday.

@ibah

ek hem.haha.kenang kenangan,bukan isi hati lah,tapi ada la cebisan dia dekat dalam =P

@kak intan

amboi menyakat..ambillah yang ada cop jakim,halal lagi suci.uhuk3.

hanisahridz said...
This comment has been removed by the author.
bawahbumi said...

haaa,senyum sensorang

nye~ said...

fuishooh...bgtau mak!

bawahbumi said...

tatotnyer =P