Thursday, May 31, 2012

status 'aku-hamba-tuhan' tak mungkin ada holiday


bagusnya menulis,kita boleh lihat kita yang semalam.hati kita bagaimana,banyak mana sudah progres pembaikan diri dan bagaimana setelah banyak yang kita lalui,kita akhirnya sedikit sebanyak dapat belajar mengendali.

memandangkan,kapasiti otak agak limited,jadi banyak benda mudah hilang begitu saja.sayanglah kalau tak ditulis bagaimana akhirnya kita dapat meloloskan diri dari satu satu 'malapetaka' er bukan, cubaan lagi sedap bunyinya.jadi,ada masa saya tulis-tulis juga cerita-cerita yang pernah membuatkan hati berkecai,hati tersepit,hati retak.itupun bukan semua,dan bersepah juga, kadang bila terbukak barulah terbaca.

bukan nak jiwang sangat,yang sebenarnya nak tahu perkembangan diri.macam contoh,dulu kata nak jadi begini begini begini tiga tahun dahulu.atau dulu,kita pernah doa begini begini.dan bila sudah tiga tahun berlalu,sudah sedikit boleh berfikir dengan lebih baik,mungkin sudah ternampak kemana kita telah membawa diri kita sepanjang tempoh tersebut.adakah impian dulu itu hanya mainan tulisan,atau berangan atau betul betul timbul dari satu sedar...

berjaya atau tak terpulang bagaimana kita garang dengan nafsu sendiri.

adakalanya kita tak pernah garang mendidik nafsu,lagi bahaya kita membiarkan nafsu yang jadi tali melilit leher,dan kita yang jadi lembunya.nauzubillah.terlepas pandang,boleh baiki lagi,tapi kalau memang perasan tapi malas nak baiki ? jangan begitu.walaupun memang tak akan sesempurna nabi,tapi kita wajib berusaha kan.

menulislah dengan niat mahu berubah,menulis dari sisi yang positif.dengan rasa mahu berubah menjadi lebih baik lepas lepas ni.rasa juga boleh menimbulkan harap,harap pada Tuhan dikira doa.berhubung dengan Tuhan melalui rasa,kadang macam lawak.bukan lawak apa,tapi macam tengah tengah tak buat apa,pandang tingkap pun,boleh berdoa dalam hati.

pastilah berbeza orang yang menulis untuk menyumpah nyumpah dan menulis untuk berubah.jadi baik,bukan dekat satu satu tempat je.lebih kurang : jadi baik ni bukan dekat luar rumah je.jadi baik ni bukan dekat dalam blog je.jadi baik ni bukan depan mak ayah je.jadi baik bukan dekat facebook je.

oh,tertusuk jiwa sendiri.itulah,cuba-cubalah berlatih,jadi baik untuk Allah sayang.maka,kita akan jadi baik di mana-mana dan tak kira masa.tak perlu ada sebab makhluk untuk jadi baik,hatta ada orang kata jadilah baik,nanti dapat suami yang baik,itupun untuk saya dikira pelik juga kata-kata ini dijadikan motivasi.takutnya lepas dapat suami,hilang pula rasa mahu buat kebaikan.sebab makhluk sifatnya tak kekal.

yang sebenarnya risau,cuti ini kita seolah tidak bertuhan.tapi bila nak imtihan,baru sibuk cari tuhan.jadi jangan hairanlah kalau Allah tak pandang doa kita masa kita susah,sebab masa senang kita sikit pun tak nak cari dia.malah,sunat sunat semua malas.bila nak exam bukan main lagi,siap duha apa semua.bila cuti,hmf duha la jugak,depan laptop.

nafsu ni apa-apa yang sebenarnya harus pada asalnya tapi bila berlebihan,itulah nafsu.contoh mudah,makan.makan itu harus,tadi dah makan sebelum magrib tapi bila dah pukul 11 malam rasa sikit lapar, pun nak melantak,itu lah nafsu.lain,contoh beli baju itu harus,katakan nak beli satu je niatnya,tapi beli baju lebih-lebih sebab nampak semua cantik,itulah nafsu.

elok-eloklah cuti.garang sikit dengan nafsu tak apa.eh,garang banyak lagi afdal.

selamat yer.dah 21 dah,perangai jangan budak sangat.budak kan tahu nak seronok je.Tok guru Nik Aziz pesan,jangan take for granted umur muda belia,tubuh sihat ni tak buat apa-apa.nanti menyesal.Allah bagi nikmat,kalau ingat percuma macam tu je,salah lah.dah tua,nanti lah baru menyesal,sekarang boleh lagi nak dabik dada.

*rasa macam kena tikam pulak dekat dada.semoga Allah ada dalam hati kita semua kuat kuat :) 


*er,tiba-tiba ia berakhir seperti sebuah ceramah.sungguh tak asyik kan.takpelah ye,alang dah terlanjur menulis,ambillah mana-mana patut.diri ni memang langsung tak layak pun pastilah.cuma,nak juga berusaha kearah pembaikpulihan diri.kalau nak join sekaki,silasila...


*bila boleh pergi tengok kaabah entah...


1 comment:

hanisahridz said...
This comment has been removed by the author.