Bila nak pindah-pindah angkut-angkut,baiki-baiki.mesti terdetik dalam hati. hmm , bestnya kalau ada abang kandung dekat sini.boleh roger & out ikut suka hati.masa-masa macam ni baru teringat dekat abang lebih sikit hehe.masa-masa when i need a superman in my house.
seriusly,apa yang terjadi ialah,setiap kali kalau ada barang rosak,tangan ambil screwdriver dengan semangat kemudian melagukan mentera 'think like a man,act like a woman' berkali-kali. hajatnya, dapatlah jadi bijak macam lelaki sikit hal-hal mekanik.tapi,rupanya saya masih perempuan sejati binti tulen.
sebab tu,untuk tiga bulan sebelum ni,kerana tidak berjaya menyalakan lampu tandas di rumah yang lama,walaupun dah beli starter dan pendaflour baru,tetap tak menyala juga.jalan alternatifnya tak lain terpaksa kembali ke zaman jepun.guna lilin.boleh tahan lah seronok suasana purbakala.
entah apa masalah perempuan.bab membaiki,fail ! itulah,kelebihan lelaki.masyaAllah hebat.
see.serius,harimau lagi comel. |
alhamdulillah.termasuk hari ni dah dua hari menyelenggara rumah baru.belum pindah masuk barang lagi,mahu tercabut tulang belulang sental dan mengarwahkan hampir ratusan ekor lipas.paling tak tahan dalam semua binatang yang ada atas muka bumi ni,tolonglah jangan yang satu ni,walau seekor pun walau secicit mana pun!takkan kubiarkan kau hidup *gelak gaya pembunuh bersiri sambil pegang bygon.
rumah tu asalnya rumah budak lelaki.itu pasal lah kena gigih banyak main air sabun,klorox dan bygon.naik meremang tengok lipas berduyun jatuh belakang peti ais.situ rupanya rumah diorang.sebagai bekas pelajar asrama,agak arif dengan habitat lipas.terima kasih asrama,ajarkan aku erti membasmi lipas.
alhamdulillah juga penyewa asal rumah tu,shazmie rajin tengok tengokkan kitorang.Allah lebih layak balas jasa beliau,tiba-tiba datang rasa secure dan selamat.Allah,aish itulah perempuan ni terharu je kerjanya kan,memang fitrah perempuan,suka dilindungi.fitrah lelaki suka melindungi.mutualism.give & take,that's how world balances.
kelakar bila teringat muka dia pertama kali masuk bahagian dapur yang dah setengah beres,dia dah serba salah dah cakap sebab tu dia asal-asalnya lebih prefer syabab yang masuk situ.tapi,rumah tu memang dah kemas dah,kemas gaya lelaki.faham je,kita pun ada abang,ada sepupu laki-laki.
itu lah sedikit cerita.
bila bersih membersih ni selalu dalam kepala teringat dekat opah.Alhamdulillah,panjang umurnya.satu-satunya grandparents kandung yang tinggal.saya selalu musykil,macam mana opah boleh kuat lagi sampai sekarang berjalan,tak bertongkat apa, sedangkan usia dah area 70 ke atas.semoga nikmat kesihatan opah berpanjangan aminn.
kebetulan baru ni ada lah meng-google sedikit bab exercise untuk perempuan.*akibat tak tahan duduk rumah.katanya kalau nak elak tulang lemah bila tua (osteoporosis tu ),banyakkan buat weight-bearing exercise.untuk kuatkan muscle dan tulang.weight bearing ni maksudnya apa-apa gerakan yang melawan graviti.contoh yang dia bagi macam main bowling , joging ,hiking , permainan jenis raket.
tapi semua atas ni,tak pernah hayat dibuat opah saya.jadi,saya syak,sebab opah tak reti duduk diam kot sebab tu tulang dia macam orang muda.lepas dalam rumah kemas,luar pula.lepas luar,dalam balik.haih,kita yang muda yang nengok pulak rasa letih.itulah saya fikir,kalau kita rajin dalam rumah kan,sebenarnya dah cukup dah berweight bearing.lagi banyak benda dapat,rumah bersih,badan pun sihat,tak payah keluar duit.
rasa bersyukur,mak selalu berleter dulu-dulu.boleh tahan sedap menadah telonga.ada sedikit gaya macam polis trafik,punya inspect betul-betul,baju dekat ampaian,pinggan mangkuk ada minyak sabun lagi tak,celah sofa dah vakum tak.siapa pulak yang tak mengelat masa kecik kan,bahagian yang boleh sorok tu kalau boleh tak nak buat.tapi,jangan haraplah.kejap lagi,ada la nama yang kena seru.
huge thanks to mom. <3
betul bersyukur sebab ada orang,kena belajar dan berlatih.bukan senang tahu kalau tak biasa, tapi nak biasakan.mengambil masa sedikit bila dah umur panjang macam ni.sebab tu orang kata,didik anak dari kecik kalau sayang anak.long term way of loves,not pampering them with unnecessary things.
banyak sebenarnya.benda-benda yang saya tak faham kenapa mak abah buat macam ni macam ni dulu,tapi sekarang makin lama makin nampak dan makin tersingkap.eh,nada dah masuk melankolik tiba-tiba ni.tekan break.
ok.stop sini.
sempena pembukaan semester musim panas,harapan mahu pecut summer sambil pejam mata,dan pulang ke sisi mereka.insyaAllah,semoga semuanya berjalan lancar.
5 comments:
rumah baru dekat mana?
tak semua rumah syabab kotor, rumah aku macam hotel tahu tak. huhu
terbaikkkkkk
@cidak
baguslah,satu dalam seribu.payah nak jumpa.
rumah area shimali.sebangunan ustaz sufyan.
@nanananana
kita serupa huu =)
ni kena masuk list jugak la na.
belajar dari asrama :
membasmi p***t..hehe :)
ok selamat selamat sem baru!
pijat ?
jemput datang rumah nanti.
Post a Comment