ilmu,kalau tak dipangkalkan kembali pada pemiliknya,jadi songsang.jadi pening.terutama buat penggila sains sosial atau orang kata sains lembut.
biasa,kalau tengok filem,akan tengok skrip dan kemistri watak-watak.skrip,yang ada kritik sosial lagi menarik.tambah yang berfalsafah pula,memang wajib tengok bagi habis.
masalahnya,falsafah yang kita (saya je mungkin) faham terapung apung tak bertali.maksudnya,falsafah sekarang banyaknya (yang saya baca lah) dikaji oleh orang bukan islam.walaupun kita katakan ilmu itu benda bagus,dan akan dapat menjadi penyelamat kita,ada masanya kalau kita tak pandai tapis,ia jadi sebaliknya.
contoh,saya pernah merasakan bahawa terlalu sayangkan seseorang adalah bahaya.falsafahnya,kalau kita terlalu sayangkan seseorang,dan satu hari seseorang itu mati atau sakit,kita akan rasa teramat sedih.kita akan rasa takut,takut kehilangan.jadi,ambil langkah mudah,elak sayang sangat dekat orang tapi,mustahil lah kan.
ini lah falsafah yang tak beralur ke Tuhan.tergantung,tak tahu mana yang menenangkan.
hari itu,baru saya sedar.diceritakan pada saya bagaimana seorang soleh di suatu masa dulu,selalu membawa dan menggendong anak kecil ke mana-mana lalu ditanyalah oleh orang ramai,apa sebabnya beliau berbuat demikian.jawab orang soleh itu,lebih kurang mafhumnya 'aku mahu supaya aku kasih kepada anak ini,supaya kelak apabila kami dipisahkan maut , aku berpeluang bersabar atas kesedihan yang amat dasyat,lalu Allah mengurniakan aku pahala yang besar juga'
falsafah yang beliau pegang sangat wah!tak takut kehilangan orang yang disayangi,malah seolah menginginkan rasa sedih itu,supaya nanti dia boleh bersabar,dan in consequence Allah ganjarkan pahala sebagaimana berat rasa yang ditanggung tu.
falsafah yang beliau pegang sangat wah!tak takut kehilangan orang yang disayangi,malah seolah menginginkan rasa sedih itu,supaya nanti dia boleh bersabar,dan in consequence Allah ganjarkan pahala sebagaimana berat rasa yang ditanggung tu.
orang soleh,tak menyoal ujian.tapi mengambil kesempatan ke atas ujian yang dia terima.lain kan dengan kita ? kita,selagi mulut ni ada,asyik mengeluh itu ini.panas pun salah,sejuk pun salah.asyik berkalau kalau.kalaulah aku tak ambil medik,kalaulah aku tak datang sini etc.
Astaghfirullah.banyak kali kan,kufur nikmat.lalu,bagaimana Allah melihat kita setelah diberi pelbagai nikmat.
betul,menambah pengetahuan itu bagus , tapi pastikan di hujungnya ada Allah.daripada Allah kita datang,kepada Allah kita kembali.semua yang ada,dari Allah ia datang,lalu mesti dikembalikan pada Allah.
kita agak kekurangan sumber sains sosial,psikologi & kaitannya dengan islam.
sirah anbiya',salafussoleh & psikologi.saya kenal sorang je yang boleh explain psikologi dan sirah,ustaz Nouman.hehe.tu pun,dalam youtube je.*nangis* nak doa dapat jumpa ustaz Nouman lah.hari tu doa nak jumpa Dr Maza,Allah bagi.tee hee.
sangat baik Allah .kadang rasa macam,ya Allah,aku ni takdelah baik sangat,tapi banyaknya Allah jawab doa-doa yang sepatutnya boleh je Allah tak jawab sebab err sebab ye lah selalu buat jahat.sob-sob-sob.
terkhutbah pula ini malam.
selamat.
untuk diri sendiri.
nanti nak kena buat entri 'mabrouk alaikuma' ni.combokan semuanya.bagus batch kami ni,contoh teladan kahwin cepat cepat.tak perlu mengorat.hidup sihat dunia akhirat enshaAllah.
2 comments:
Nk stat dlu tu pun. Ngorat jugak, ena je xtau(?)
risiko tulis blog ni la, xsampai point. Hehe ampunn
Farhan, baca tulisan kecik je
er,eh ? haha.
lain kali nak tulis semua kecik lah
Post a Comment