Saturday, July 28, 2012

Al-Wadud


aneh.

rupanya wujud benda yang...

meski tanpa direnjis air langit
atau dibelai sang mentari
ia masih tegak tumbuh

kekuatan.
bagi setiap yang hilang,gantiannya ada.
untuk itu,tidak perlulah jatuh dalam lubang yang sama.

susah untuk mahu pura-pura tidak tahu sedangkan sudah lama diketahui !
dan ini,tidaklah dapat dikongsi.mahu sahaja diluah untuk mendapatkan nasihat,tapi saya kira ia terlalu mahal untuk dicanang di luar.cukuplah Allah mendengar.cukuplah Allah memandu.

sungguh-sungguh saya bertekad untuk lari jauh-jauh hari itu,tapi sudah tentulah perancangan Dia di atas apa mahunya kita.

sudah lama menimang ini:
antara mungkir janji,dan membuka ruang dosa,mana lebih parah.
mungkin ada jalan keluar:
di mana masa tu,saya boleh menunaikan janji tersebut sekaligus menambah pahala pula.

tentu,kalau terburu-buru,hilanglah indah.

bukanlah manusia yang memberi bahagia,tapi ia datang dari Tuhan yang sungguh Al-Wadud.tak mungkin Tuhan mencampakkan cinta di hati-hati kita untuk kita berpaling tadah dari Dia.

tumbuhlah baik-baik.semoga selamat mencapai langit Tuhan. =)
bulan baik,doa yang baik-baik.lewat satu pertiga malam,mari !


2 comments:

INTAN said...

clearly understood~
=)

ada orang, terlupa untuk mendefinisikan cinta;
sebelum berbicara meluah rasa~


psst: akak rasa boleh nampak la style xm syndrome korang nih. hahaha~ >.<

bawahbumi said...

@kakakkuyangberbahagiadisana

itulah.

takdelah sindrom mana pun,saja bagi semangatjuang sikit,sebelum exam.

heks. =P