Sunday, July 22, 2012

belon merah







belon merah itu terapung-apung
tenang didakap langit biru
tidak tinggi namun tidak rendah
menari tidak berlari
berjalan tidak perlahan
hidup terbawa angin
ke kanan kemudian ke kiri
warnanya belum mahu pudar
mempesona pada pandangannya

"apa bahagia kau begitu ?" tanya si budak lewat tingkap yang terbuka,sedikit cemburu.
"bahagia itu hal kedua" jawab belon merah.
"apa sebelumnya?" kehairanan.

"membahagiakan"

butir suara yang dilantun belon tadi menyusup pedih,barangkali kesedihan yang ditanggung belon itu tadi belum pernah hayat diceritakan pada sesiapa.dan barangkali itulah yang pertama dan terakhir sebelum ia pecah ditekan udara.perutnya terburai,meninggalkan sekeping nota kecil bertulis :


Verily, We have created man into [a life of] pain, toil and trial [surat al-balad:4]



nak berangan study sambil dengar suara mak tengah masak,abah tengah baca buku,along tengah berfalsafah,nye tengah beleber,anis dengan uwai tengah bergaduh,aqso tengah baring terlentang atas cement.#sob#

8 comments:

INTAN said...

'beleber'

haha. akak nak tengok je berapa orang yang faham that word. XD

hey lilsis,
let's together stay strong.

merah itu sentiasa berani.
atau mungkin tanda cinta.

=)

bawahbumi said...

almaklum bila nak dekat musim berperang ni,hati terbang,kaki tak jejak #sigh#

shah said...

bittaufeeq na!
shah 2nd exam xhabes lg.selasa..doakan ye!



*ena,buat la novel se utk shah.nak simpan.HAHA.plis. :s

wawa emang said...

membahagiakan itu juga seharusnya menjadi satu bahagia. :)

hanisahridz said...

Prof Muhaya pesan, manusia bahagia akan membahagiakan..

Struggle jugaklah kan sebab perempuan banyak emosi dan sebagainye. Haha

bawahbumi said...

@shah

selamat jugak.ouh,hemm hemm...tatau,doakan je lah heee :S

@wawa

yep,
mula dengan apa yang kita mampu.thnx a lot this nite,perfect and special?hee

@farah

yes yes.itulah yang sebenarnya haha.

Infiru said...

Mungkin belon merah itu tidak perasan,

membahagiakan

itu juga satu jenis bahagia.

sekurangnya.

:)

indah!

hee. bittaufee utk exam :) moga Allah permudahkan.

salam ukhuwwah :)

bawahbumi said...

@qautsar

dan
sekurangnya dia tak menzalimi yang lain.

hee.segan *ttbe*

:) ahlen~