Thursday, August 30, 2012

hairan

kenapa manusia sering merasa bahawa dengan harta,maka dia lebih tinggi satu tingkat dari yang lain.kenapa kenapa kenapa ? kenapa dibekukan muka saat disapa sang kurang harta,mungkin sahaja dia kaya hati kaya budi.Alangkah,andai semua tahu semua nikmat dan rezeki itu tak lain kerana Allah yang mengizinkan,kita ini papa segala benda.

pemandangan-pemandangan begini terlalu menyempit benak.atau mungkin sahaja aku yang dungu ini masih belum mengerti kerna masih kebudakan,tentang hebatnya duit yang dikejar orang.sering juga aku melangut ke atas,melihat pak pak menteri masing-masing membuat projek memberanakkan duit,padahal yang dah ada sudah cukup.apa lagi yang dicari.kasihsayang?pak,kasihsayang itu terlalu mahal pak,tak terbeli dek uang.

sentiasa ada beza antara hidup dan kehidupan.hidup memerlukan kepada duit,makanan.kehidupan memerlukan cinta,kasih.kerana itu,berbeza jugalah gaya mereka yang mencari hidup dengan mereka yang mencari kehidupan.jadi,apa yang membuatkan anda berasa hidup ?

kasihlah,insyaAllah seluruh makhluk akan kasih pada kita.entah-entah aman begini pun,hasil doa kucing-kucing,bukan doa sendiri sebab banyaknya hijab atas dosa-dosa.berdoa semoga Tuhan tidak menimpakan penyakit si kaya yang bakhil,mohon dijauhkan ribuan kilometer amin.





2 comments:

Norfarihin MH said...

Sukee post ni ~
hasil doa2 kucing.hahah

bawahbumi said...

takpun doa doa arnab =)