Friday, August 10, 2012
HUKM : bertemu adik Naufal
:)
Alhamdulillah,selamat mendarat atas tanah air terchenta.Oh, lama sudah jejak kaki, tapi baru ada kesempatan nak menulis.Malaysia, kelapa sawit pun jadi comel bila dah rindu ! Tersengih sepanjang tempoh kapal mahu mendarat,sebab dikeliling kelapa sawit yang renek-renek.
Seminggu pertama,belum balik Terengganu lagi,duduk di Cheras teman mak sementara menjalani rawatan di HUKM.Menarik,bila selalu keluar masuk hospital,hati asyik tersentuh tengok orang yang ditarik sekejap nikmat sihat.Kita yang sihat jarang kan fikir pasal nikmat yang satu ni,nikmat sihat ? Orang yang sakit,enshaAllah kebanyakan lebih dekat dengan Tuhan.Kita pun,mahu juga selalu dekat dengan Tuhan walaupun sihat.semoga.
Satu hari,tengah duduk-duduk sementara menunggu nombor giliran mak dipanggil,masuk satu katil yang ditolak.Ada seorang budak kecil,comel,diam duduk di atas katil tadi.Saya tahu,kawasan itu adalah wad orang-orang kanser.Yang saya nampak,di kawasan lehernya ada kesan tampalan kulit,mungkin pernah jalani pembedahan thyroid.Matanya juga kuyu.Tapi riaknya jernih,baik.Hati mula tertanya-tanya,sakit apa agaknya budak sekecil ini yang belum tahu erti kehidupan.Nak tanya pada mak,mak tengah bersembang dengan kawan.Kemudian,nama mak pun dipanggil masuk.Sekejap lagi lah.
Dalam 10 minit,mak pun keluar.Terus saya tanya mak,budak tu sakit apa.Mak jawab sepatah,kanser otak.Saya diam berpatah-patah.Bergema perkataan kanser otak dalam kepala.Untuk budak kecil itu,saya kira terlalu hebat ujian yang dia terima.Mengucap panjang dalam hati.Anak tekak sudah banjir dengan air mata yang tertahan.Hanya mampu menghantar isyarat kasih pada Naufal,semoga dia dalam lindungan Tuhan.
Semasa dalam perjalanan pulang,lepas ada sedikit kekuatan,saya bertanya lagi.Kata mak,budak tu sekarang usia 4 tahun,dan mula dikesan penyakitnya semasa berumur 2 tahun,semenjak didapati dia tak dapat berjalan dengan betul.
Mak : kasihan kan,kecik kecik tak merasa zaman budak macam orang lain,hospital dah jadi rumah kedua
Tak mampu nak respons mak.Sekali lagi terdiam.Abang nampak stabil.Dia banyak bertanya,sesuailah jadi doktor.
Menurut cerita maknya,anaknya tak pernah meragam walau terpaksa kena keluar masuk hospital,buat itu ini,ubat pun mesti macam-macam.Oh lupa,nama budak baik tu Naufal.Dan Naufal tak pernah menangis,malah memujuk ibunya pula.Tahu sahajalah hati ibu bila doktor memberitahu bahawa tubuh anaknya tak akan membesar seperti kebiasaan anak yang lain.Saiznya kekal begitu.Air mata siapa yang tak berlinang ! Aduhai.Tapi Naufal yang cerdik itu cuba memujuk ibunya
" Tak apa bu,Naufal kuat,Naufal tak apa..."
Sekali lagi,saya diam tak berkutik.Kerana masa tu,air mata dah tak mampu ditahan lagi.Sambil berjalan keluar hospital,sambil menyeka air mata di belakang mak.Huh,tak mampu rasanya berhadapan dengan cerita yang duka-duka begini.
Ujian Tuhan.Sungguh,ada yang lebih menderita.EnshaAllah kita doakan semoga adik Naufal sihat seperti sedia kala.Nampak budaknya baik,kuasa Tuhan,siapa tahu.Semoga ibu bapanya semakin dekat dengan Tuhan,hasil kesabaran ujian anak pertama,bukan mudah !
Sepupu saya dahulu pun,ada seorang yang sudah sakit sejak kecil,juga baik dengar kata sahaja orangnya,telah selamat kembali ke sisi Tuhan.Alhamdulillah, semoga syurga buatnya,kecil-kecil tiada dosa sudah kembali ke kampung halaman.Agaknya,Allah pinjamkan sekejap,sebagai hadiah ;ahli syurga yang singgah sebentar menyapa ibubapanya yang soleh di bumi!
Masuk kereta,abang jadi driver,dia suka dengar Dr Muhayar.Saya pun terjebak sama mendengar.Kata Dr, ramai yang sakit.Bezanya,ada yang mengeluh,ada yang bersyukur.Ujian akan selalu datang,kita tak jemput pun,dia tak segan datang,cuma persepsi sahaja yang berbeza.Pilihan.Mahu memandangnya bagaimana.
Saya pun belajar dengan adik Naufal.Subhanallah,kecil kecil sudah inspired orang yang lebih besar.Kecil tak besar-besar pun tak apa kan dik Naufal,asal hati mahu baik.
Kecil - besar - banyak - sikit -itu semua sementara.
"Dan berilah perumpamaan kepada mereka (manusia), kehidupan dunia sebagai air hujan yang Kami turunkan dari langit, maka menjadi subur karenanya tumbuh-tumbuhan di muka bumi, kemudian tumbuh-tumbuhan itu menjadi kering yang diterbangkan oleh angin. Dan adalah Allah, Maha Kuasa atas segala sesuatu " Al-Kahf : ayat 45
Nanti kering layu, terbang juga...
Merdeka yang sebenar - kerana Tuhan.Seronok hidup tak kisah orang,kisah Tuhan saje.Tuhan yang bagi rezeki,Tuhan yang menyembuh duka,Tuhan yang membuka jalan,Tuhan yang memelihara,semuanya Dia.Manusia hanya perantara.
oh satu lagi berita sedih :'( Aqso sudah kembali ke rahmatullah.Semoga ada gantian yang lebih baik.Aqso,kenapa tak tunggu akak balik.sob amat.Rest in Peace.Tinggal Mikael je.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
"kirim salam kelapa sawit" -pokok kurma.
"pokok kurma jangan nangis kat sana" -kelapasawitrenek
aqsooooooo~! T_T
how come? isk. akak tengah rindu2 Rosella ni, berdebar bila baca berita Aqso. =(
takziah ena. =((
tape kak,saya dah redha dengan suratan takdir.cewah,mcm cerekarama plak.
Post a Comment