Saturday, August 04, 2012
Review : cerekarama Aduh Sayang
Assalamualaikum,waah dah setengah Ramadhan.Rasa macam baru je lagi puasa.Hari ni dah 4hb dah,esok 5,bertolak balik ke kampung halaman insyaAllah.doakan,semoga perjalanan mudah,selamat sampai selamat kembali.
Semalam,tengok ramai-ramai cerekarama.Seseronok mana pun cerita orang putih ke korea ke jepun ke,cerekarama masih di hati.Kalau tengok satu famili lagi bertambah-tambah seronok dia.
Ceritanya pasal post-married situation,bila anak dah dua.Dan,konflik pun bermula.
Cerita ni,membuatkan saya teringat dekat mak abah.Lebih lagi,dekat mak lah.Anak tiga kecil-kecil,duduk dekat Terengganu tak ada saudara-mara.Kampung bukan dekat,dua-dua jauh.Saya tak ingat lah keadaannya macam mana,tapi dalam hati,semacam ada ingatan bawah sedar yang disimpan sebagai perasaan,bukan sebagai memori,bukan dekat otak.Saya dapat rasa,betapa payahnya keadaan masa tu-keadaan mak abah.
Saya rajin memerhati,anak pertama kedua lebih senang dengar cakap,tak banyak membantah,tak suka buat masalah.Kalau nak kaitkan dengan psikologi,anak memang ada sejenis defend mechanism : not to create problem.Antara sebab-sebab yang memungkinkan anak menggunakan defend mechanism ni ialah konflik antara ibubapa yang mereka pernah nampak.Memang anak tak ingat di usia sebeegitu,tapi imej emak menangis,abah marah-marah vice versa melekat dalam, membuatkan anak tak nak buat sesuatu yang menambah konflik,pandai bawa diri.
Ini apa yang saya baca.Type of baby ni orang panggil melancholy baby,menarik untuk dibaca.
Dan,sebelum konflik bermula mesti ada sumbu.sumbu berupa masalah.Kalau dalam cerita atas ni,anak dia demam.Part ni paling menakutkan, bergaduh depan anak sebolehnya kena elak , eh tak, wajib elak , sebab kesan dia pada anak akan jadi permanent.Tak boleh reverse.Jadi perempuan,hati-hati walau nak beremosi sila bersemosi dalam bilik.
Yang menambah konflik ialah perbezaan penerimaan masalah oleh lelaki dan perempuan.Tengok Tiz dalam cerita ni melakonkan watak sebagai seorang ibu yang sangat perempuan,er maksudnya penuh emosi,dan kerap tersalah faham dengan kenyataan suami dia.Oke,part emosi tu memang default perempuan.Dan,Remy pula sebagai ayah yang cool walau tengah ada masalah membuatkan Tiz menyangka yang suaminya tak bersungguh menjalankan tanggungjawab.Padahal,itu memang default lelaki.
Expectation.Trust.Responsiblity.Care.
Dalam cerita ni,mujur ada penyelamat keadaan.Atuk dan nenek volunteer nak jaga cucu.Ini memang mujur.Kalau kena atuk dengan nenek yang jenis tuang minyak dalam api,laga-lagakan manantu ? nauzubillah,mintak jauh.
Baca buku John Gray ?
Dalam buku John Gray,bukan semuanya boleh diaplikasi.Semestinya sebab perbezaan budaya antara timur dengan barat.Tapi masih ada banyak nilai universal, boleh dibaca untuk ambil general idea beza default antara lelaki perempuan.Itulah melayu,malas kaji,asyik kena baca buku inggeris je,padahal bukan semua sama.
Oh tetibe.
Tak,bukan tetibe sangat pun,entry ni terhasil,atas rasa empati terhadap luahan ramai kawan yang rasa nak kahwin hek hek.Nasihat saya,janganlah terpedaya dengan keromantikan cerita mengarut atau post facebook orang yang dah kahwin.Kadang facebook ni ada buruknya juga,ada cerita yang kita tak sepatutnya tahu,jadi tahu.
Herm,pandai pandailah berpijak atas bumi realiti.Nanti yang dah kahwin,pandai pandailah juga bawa diri di facebook.Walaupun kita mengamalkan konsep demokrasi,masih ada etika tatasusila adab yang perlu diperhalusi.Takkan semua benda nak masuk facebook kan ? Habis semua benda nak masuk facebook. Bersederhana,berpada-pada selalu. Tuhan tak suka orang melampau,melebih-lebih.
Selamat menonton lah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment