kali ini,seperti kali yang dulu juga
aku teruskan menconteng
atas kertas kuning tahun 90-an
usang dan lubang-lubang
jatuh terseret terperonyok semua pun sudah
cuma yang ini warnanya lebih terang
kerana Tuhan bentang banyak jalan
aku pilih satu yang destinasinya beribu batu
pilihan ini tidak harus tepat
malah harus salah
tiada kebetulan yang tiba-tiba
ia muncul dengan sebab
adanya ungu kerana adanya biru
adanya biru kerana adanya cahaya
begitu kita
tiada yang jelas
yang ada cuma bias-bias
rasa yang menggembirakan
what was that?
complicated & unsettled.
may He eases this one rare case.
No comments:
Post a Comment