Tuesday, September 11, 2012

pelangi



harus akur.detik yang berjalan,menghambat.dan kita akan berpisah lagi untuk sementara waktu.meninggalkan calit-calit manis di dinding rumah.yang pahit tawar mudah sahaja terbang macam bunga lalang,yang manis meletin tu yang kuat melekat macam katak pisang.

sedang menukang satu peti besi kedap masa.
biar rasa ikan sungai ni melekat dekat lidah sampai pulang lagi.
biar bau hujan membasahi rumput ni melekat dekat hidung selamanya.
biar bunyi cengkerik dan katak bising melekat di gegendang telinga.
biar hijau bumi ini tak hilang di mata.
biar tanah bertuah ini selalu di hati.

tahu apa maksud pelangi ?
indah,tapi ya
pelan-pelan dia akan pergi,itulah pelangi
pelan pelan dia pergi
jua
kerana itu,pelangi hanya mampu di langit
supaya ia mudah pergi dan kembali.

apa lagi yang tinggal
berusaha memenuhi setiap detik
yang siri ulangannya terhad
mungkin setahun sekali
perpisahan begini telah terjangka lama sudah
sengaja buat-buat lupa
hati tak daya
lebih tepat,mengada-ngada.

harapnya,kita dapat berpisah seperti rama-rama yang lepas dari kepompongnya,mengibas sayap-sayap gemerlapan,merenjis bahagia atas mukabumi Tuhan.


pelangi





4 comments:

INTAN said...

meletin(?)

=.=

tolonglah jangan dieja bahasa yang tak tereja. XD

lilsis, balik cepat! jangan lupa birulangitmerahhati.

haha~ >.<

bawahbumi said...

eh takley eh,haritu macam ada ternampak dalam kamus dbp =P

ye,nak balik la ni.langit pun macam sedih je 2 3 hari ni,hujan memanjang memalam,nak turun salji agaknye hem.

hanisahridz said...

Nak cerita spirited away. Spirit ke laut 2 3 menjak ni

bawahbumi said...

harap spirit sudah pulih :D