Monday, November 12, 2012

10 saat pelangi,selebihnya hujan


Disimbah lecak dalam perjalanan ke jamiah.bermandi hujan renyai yang besar-besar.kasut basah.musim sejuk datang lagi.ketabahan berganda.


Bilamana cakap-cakap yang kau mahu lepaskan tak terungkai dengan kata atau tulisan.cakap-cakap yang terlalu sarat,berat dan yang kau tahu hanyalah mengangkatnya ke atas,ke langit.saat pelangi muncul sekejap di awal pagi,dan menghilang beberapa saat kemudian.sungguh kalau manusia mengerti,hanya sekejap itulah indah apa-apa di dunia.selebihnya,hari itu dihabiskan melawan rasa sejuk yang menggigit.selebihnya Dia menguji sebelum memberi,juga selebihnya Dia sediakan gunung untuk sama-sama kita daki,Dia sediakan pohon di sepanjang perjalanan buat teduh sela-sela cungap.

Dia yang selalu
ArRahman,
ArRahim.

Hujan,hapuslah dosaku kerna selalu terlupa untuk bersyukur.
Jahat betul hamba yang satu ini. :|

# Pelangi pagi tadi sangat cantik,dari hujung ke hujung,besar!Alhamdulillah,walau 10 saat kemudian ia pergi,



No comments: