Wednesday, November 21, 2012

kehidupan.


Budak kecik ni ditinggalkan sorang-sorang dekat rumah sebab balik beraya sebulan hari tu.Lepas tu dia nazak.Memang reput kering warna coklat semua.But somehow,i manage to keep this about-to-die cutie.Entah,tersimpan dalam bekas air dengan abang dia sorang lagi.Siram punya siram selama sebulan,akhirnya dia tunas!tsk-tsk.Mengharukan.

Tumbuh baik-baik,tolong.
Beli dua budak ni masa tahun 2.Lain jenis.Atas ni satu.Satu lagi dah melepasi tinggi laptop.Begini mungkin rasanya bila nampak anak besar depan mata.Cewah,drama.

Rindu Aqso.

Kehidupan yang aku dengar sehari hari,makin lama makin tidak enak di telinga.Aku lihat ke luar.Aku lihat ke dalam(diri sendiri).Luar,begitu.Dalam diriku,begini.Terkadang,serasa gambaran dunia di luar sekarang ini tak lain sedang mengejek ruhiah kita yang di dalam.Apa yang berlaku di luar,seolahnya nampak diri sendiri.Kinda scary.

Islam itu tak mungkinlah tiba-tiba tertegak,sebelum aku dulu yang benar-benar tegakkan ia dalam diri. Emosi-emosi bernada kecewa dan marah.Tentu!Siapa yang tidak sakit jiwa melihat mereka dilanyak seperti barang mainan.Tapi dalam masa yang sama,ada sekelumit rasa tak layak untuk ada perasaan itu. Kerana,aku sendiri tidak pernah pula mahu sungguh-sungguh menegakkan ia dalam diri.Lalu,marah pada siapa ?

Persoalan yang banyak itu akhirnya berbalik kepada diri sendiri.Seminggu diam,aku melihat dunia dengan rasa loya dan pening-pening yang amat.Lepas satu,satu yang datang.Tak mampu menulis, ianya emosi tanpa bisa ditulis,tanpa kata.

Nasib baik ada daun yang baru tumbuh.Menunjukkan yang Tuhan ada rancangannya yang tersendiri.Dan, janjinya pasti.

Setiap kali winter,ada kisah sedih.Just why?
Allahumma solli 3la Muhammad.
Allahlah lebih mengetahui apa-apa yang berada di belakang dan apa-apa yang menunggu di hadapan.

Solat hajat,untuk diri sendiri mudah-mudahan Allah tak tarik taufiq dan hidayah yang Dia dah bagi,mudah-mudahan Allah pimpin kita dari semasa ke semasa ke arah yang lebih baik.Untuk umat Islam keseluruhannya,di semua tempat mana-mana negara,semoga rakyatnya semakin hari semakin benar beragama,semoga pemimpinnya pemimpin yang benar menjaga agama.Untuk yang ditindas, matinya syahid,usahanya jihad,terimalah mereka,redhailah darah dan air mata mereka,gantikannya dengan bau wangian dan air sungai mengalir di syurga.

2 comments:

aBqaRiYyiN ^_~ said...

good to hear u have frens so called fauna...
somehow..i do miss our aqso too. badly.

~selalu tanye anis aqso macam mane..tak ingat dia dah takde.

bawahbumi said...

flora lah.

yang dah pergi jangan dikenang lagi.
tsk.sedih la.erm,erm haih.