Monday, November 26, 2012

penyamun yang dibanggakan



' dunia ini,tidak harus menjadi syurga
kerana dunia bukan syurga
namun,haruskah ia terus menjelma seumpama neraka? '

Manusia apabila tertekan,akan menekan orang yang tidak ada kaitan dengan dirinya.Jenayah lapis jenayah.Adakah pencuri akan mencuri sekiranya dia mempunyai pendapatan yang cukup buat makan pakai ? Jadi,hipotesis untuk masa sekarang ,jenayah antara rakyat jelata adalah berpunca daripada jenayah yang dilakukan pemimpin.Pemimpin merompak rakyat,lalu rakyat merompak rakyat.

Sekian,melaporkan,
Meow.

Alangkah lucunya negeri ini.Hem.Dalam tidak sedar,yang sebenarnya semua sedang bertarung untuk terus hidup.Bayangkanlah sehari tidak makan di musim sejuk begini,entah-entah kita yang masa kenyangnya tahu halal haram boleh goyah kan masa lapar dan tiada duit.

Sisi pandang banyak.Ini satu cuma.Tak buahkan hasil membanteras pun dengan teori hangit sebegini.

Pandang luar tingkap,hembus nafas berat,'hari ini begini,esok lusa tahun depan pula bagaimana?'


No comments: