Saturday, November 03, 2012
Taufiq dan hidayah.
Dua dekad.
Aneka.
Semakin tahu,semakin bodoh terasa.Semakin berfikir semakin tak jumpa jalan keluar.Dan banyak lagi semakin semakin yang pelik.Baik dari sekecil-kecil hal peribadi,sehingga sebesar-besar komuniti.Betul,petunjuk Tuhan itu tak dapat dipetik di tepi jalan.Eksklusif.Hanya pabila Tuhan menghendaki untuk memberi petunjuk,maka diberikanlah pada seseorang itu walau yang lain cuba menghalangnya.Begitu juga,pabila Tuhan enggan memberi petunjuk,maka tetaplah terkontang kanting dia berjalan sungguh pun segala nikmat penuh di tangan.
“Dan manusia dijadikan bersifat lemah.” (QS. An-Nisa: 28)
Risau.
Bila Tuhan murka,senang sahaja nikmat ditarik.Antaranya nikmat dikurniakan taufiq dan hidayah.Kelam kabut yang tak surut di mana-mana,mungkin juga petanda nikmat itu sedang sedikit demi sedikit ditarik.Sedar tak sedar,kita menjauh.
Kembali.Pangkalnya satu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment