Friday, December 07, 2012
melayu sahaja ke syurga ?
Yang terus terusan merasa bangsanya bagus.Yang terus terus memandang rendah bangsa lain.Yang terus terus berjuang atas nama bangsa.Yang masih merasa imigran yang bekerja mencari rezeki halal di tanah mereka itu jijik.
Sekarang aku faham.Kenapa dan kenapa semuanya masih belum berakhir.Kita,sedari kecil sudah ditanam rasa semangat kenegaraan di sekolah.Membaca buku teks seperti itu sungguh memualkan,dan aku tahu ia pelik,namun ia berbekas juga sedikit sebanyak sehinggalah aku faham apa maknanya menjadi imigran,menjadi yang asing di dalam satu komuniti.Kita juga pernah menjadi sebahagian dari mereka,memandang mereka seolah mereka itu tiada nilai.Berdosa,ya berdosa.
Kita tidak diberi pilihan untuk lahir dalam bangsa apa.Dan,untuk menghukum seseorang atas dasar bangsa apa dia,adalah satu kebodohan.Kenapa bersorak bangsa,sedangkan kita ada neraca yang lebih tinggi untuk dijadi asas ukurtimbang?
Oh aku yang malang kerana lambat menyelami perasaan mereka.
Pernah kita terfikir apa perasaan mereka,maksud saya orang Indonesia bekerja sebagai pembantu,orang Bangladesh,orang Pakistan,orang Filipina.Kadang,kita kurang menghormati mereka dan memanggil mereka dengan lagak yang kurang sopan.Kenapa,sopan itu hanya dengan sesama bangsa sahajakah?
Abang ada kawan-kawan Indonesi dekat Mesir.Ah,dia memang menyokong gagasan indoraya haha. Abang kata,panggilan Indon,Bangla itu tidak baik,mereka tidak suka.Panggillah penuh ataupun Indo,itu lebih sedap di telinga mereka.Kan,Allah pesan jangan panggil dengan panggilan yang mereka tidak suka.
***
Dari sekolah rendah,aku selalu lipsync je dekat part lagu negaraKu.Eheh.Simpan tenaga nak nyanyi lagu AsmaulHusna.Oh tak,bukan tak sayang negara sendiri,sayang!Dua-dua pun sayang,Islam sayang,Malaysia pun sayang.Kalau tak,takdelah tergedik nak balik lagi kan.Cuma lagi berperasaan bila alunkan nama-nama Tuhan,ia sebuah manifestasi doa doa dan harapan.Ah rindunya nak nyanyi ramai-ramai :)
Harapnya,kita tak tersalah juang lagi.Tembok-tembok bangsa,runtuhkan.Runtuhkan sebelum ia musnahkan semua.Bersatulah tanpa membezakan asal negara.Zaman dinosor sahaja yang guna neraca bangsanegara ni.
_______________________________
Ada lagi satu hal yang aku hairan.Tentang smartphone yang menjadikan manusia kurang sedikit akhlak. Sibuk dok main gadjet,orang duduk berucap kat depan.Kita duduk sebelah langsung kau tak sapa dulu.Tweet tweet bagai.Aku intai sikit,erm taklah penting pun.Ia berlaku di dalam dewan kindi,semasa sambutan Adha.Di dalam bas,nak pergi jamiah.Aku sikit tak kisah walaupun aku senior tapi aku yang mula tegur dulu.Tak ada masalah kalau dia memang seorang penyegan.Tapi,sebab bendalah smartphone tu,kau buang sifat sifat mulia seperti eratkan silaturrahim ni,sedikit panas di situ.
Mungkin bukan salah gadjet.Mungkin.Masih mencari masalah sebenar.Pesanan dari diriku yang tidak mempunyai smartphone ini,gunalah gadjet anda itu untuk membantu anda,bukan membantutkan anda,ya?
InsyaAllah.Kalau guna baik-baik,barulah jadi smart.
Ini 2012.Entah bendalah apa lagi yang nak keluar.Memang spesis dinosor macam aku ni,tak berapa nak minat ikut arus teknologi.Kertas putih dengan pen jugak best.Nasib handphone rosak je sebagai asbab.
Hmph.Dapat pun menulis.
Okkay.
Assalamualaikum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
"Zaman dinosor sahaja yang guna neraca bangsanegara ni"
SETUJU! Allah tak pandang brand 'bangsa', allah pndg takwa
:3
:3
terasa hati dengan rakyat di sini.sob.
Post a Comment