Bermain-main di bawah terik mentari itu hobi.Tidak menyempat langit mahu redup,kami dahulu sudah berkayuh ke sana ke mari berarak keliling taman.Tanpa sunblock tanpa krim pelembab,kami sengaja mahu hitamkan muka.Jepah bilang,makin hitam makin menawan.Kami percaya sepenuh hati masa tu.
Jepah ni lain dari yang lain.Selain dari kulitnya yang memang sedia terbakar,dia ada gayanya yang tersendiri.Pernah sekali,aku tengah duduk-duduk atas rumput.Cabut kemuncup yang tak berdosa sambil melopong tengok orang tendang-tendang bola dari luar padang.Tiba-tiba Jepah tepuk dari belakang dan terus bersila macam tak cukup tanah di tepi.Dia diam.Aku diam.
Lama kemudian,dia pecahkan sunyi.Melawan sorak teriak dari tengah padang,dia jerit di muka aku sambil menekup dua telinganya.
"Kenapa bunuh dia ? kesian.Tak kesian ke?" Ah,ini rupanya yang dia tenung dari tadi.Lega.
"Urm.Kenapa kesian,nanti mak marah seluar penuh kemuncup.Lagipun,nak tambah pahala,nanti orang lalu lalang tak kena kemuncup" Aku cuba mengaplikasi pelajaran Akhlak yang Mualimah Nur ajar siang tadi.Kata Mualimah,kalau kita alih kayu atau apa-apa yang menghalang laluan manusia,kita dapat pahala.
"Iya.Mak kau marah.Tapi kemuncup tak tumbuh dekat semua tempat.Kau masih boleh pilih jalan lain,jalan yang tak ada kemuncup.Situ,tak ada kemuncup..."
Oh.
Aku tak puas hati.Jepah ni,selalu dengki ! Entah-entah dia tipu lagi.Macam hitam menawan tu.Aku tenung muka dia.Tak nampak macam tipu.Seriusnya,sikit lagi nak sama dengan muka opah masa baca surat khabar Utusan Melayu.Aku tergelak kecil,tak tahan.
"Kenapa gelak?" dia tanya dua patah.
"Kenapa pulak?" aku balas dua patah.
"Takde , comel sangat"
Bisu.Aku tahu dia tipu.Terang-terang gigi depan aku baru patah dua malam lepas.Dah namanya lelaki,lelaki jugalah.Aku dengar ayat ni dekat meja makan,masa mak bersembang dengan kakak.Entah, macam sedap aja bunyinya.Diam-diam aku hafal.Buat modal bidas dengan Jepah ni esok lusa,modal penghabisan kalau-kalau mulut murai Jepah ni belum mahu tutup.
"Yelah tu.Kau pun memang paling 'kacak' "
Dia tersipu malu.
Ehh orang tipu je pun,takkan dah percaya.Terus dia bangun,berjalan lima tapak sebelum menendang tongkat basikal ke belakang.Naik dan kayuh laju.Sudah pulang?Tak sempat nak betulkan kenyataan tadi.Habislah kalau dia percaya.Kalau dia bagitahu mak dia macam mana?
Tak boleh jadi.Aku kejar.Jauh kelibatnya.Aku guna jalan shortcut,lintas longkang.
"Jepah,jangan salah fa..."
"Aku tahu.Aku tahu.Sebab tu aku beritahu kau,jangan cabut kemuncup tu,lalu sahaja jalan lain.Jangan disakiti kemuncup halus yang hanya sekadar menumpang hidup...Kau faham kan.Jumpa di kelas esok.Harap gigi baru kau tumbuh esok"
Cis.Sempat lagi lidah tu.Kerat karang!
Terang-terang masa tu,aku kurang jelas.Tapi,aku hafal kemudian aku salin dalam diari.
Hari ni,semasa mengemas-ngemas,setelah sepuluh tahun lebih,terbaca semula!Anehnya kau Jepah.Apa benar ini apa yang kau maksudkan,ataukah aku yang tersalah tafsir.Jepah,ke mana kau hilang ? Tolong,aku sudi mendengar bebelan kau lagi.
5 comments:
power!
tabik tumpangteduh!
terimakasih cikgu.banyak didik sy.
suka! :)
Cerita awak dah sedap dah.
Tapi kita tak faham apa maksud ayat jepah tu?
Lampi nau saya. T___T
@anis
10 tahun nanti baca balik.mungkin masa tu baru boleh faham(?)kot.ehe.
@doktertukangmasak
ahlen :)
Post a Comment