Kalau tak kenal google sekarang.
:)
Isteri pertama beliau(HAMKA).Sambil membaca,sambil membayang hal keadaan rumah sang pujangga nusantara ini.Satu hal yang penting untuk difahami di sisi pejuang,berdirinya sang isteri untuk mengampuh segala beban. Pekerjaan yang sungguh mulia.Dan sungguh mengoyak perasaan juga.
Ingat senang ke nak jadi isteri ?Er isteri orang-orang berjuang.Isteri orang biasa-biasa pun dah penat,apatah lagi.Tuhan memang mengatur sesesuai dan selayak yang hambaNya mampu.Wallahu A'lam,hanya baca apa yang anaknya karangkan dalam buku,saya membuat andaian sakit-sakit Al-marhumah yang menimpa lebih awal pastilah kerana selalu terkejut dan ter ter yang lain sepanjang kehidupannya yang tidak pula diceritakan semuanya pasti,lebih lagi ketika zaman Sukarno-Komunis-Belanda.Banyak benda nak quote dari buku tapi macam malas,kata-kata sang isteri yang biasa,tapi hebat tak tahu nak cakap macam mana.Kena baca sendiri lah.
Mulianya!
Kalau bukan kesemuanya pun,kebanyakan isteri memang mengagumkan.Tak perlu sampai masuk buku pun,pergilah duduk bersila dengar mereka bercerita,guna hati sebagai pancaindera keenam,pasti akan dengar suara kecil disebalik senyuman yang cuba dilapis.Betapa pun mereka tak mahu galas beban,itu sahaja pilihan yang ada.Kehidupan memang selalu menyesak mendesak.
Biar mati badanku kini
Payah benar menempuh hidup
Hanya khayal sepanjang umur
Biar muram pusaraku sepi
Cucuk kerah pudingnya redup
Lebih nyaman tidur di kubur
-Hamka-
Dalam Malaysia,pun ada ibu pertiwi.Tapi sekarang mereka masih bertarung.Tunggu beberapa dekad lagi,politik kini akan menjadi sejarah masa depan.Orang muda mesti teguk cerita orang dolu-dolu.
Mak abah pun ada cakap lebih kurangnya : 'Orang tua ni taklah pandai nak terangkan macam mana,tapi mereka tahu salah dekat mana,betulnya bagaimana'.Hasil hidup lama lah mungkin,pengalaman berjuta.Sementara dekat rumah ni,aku pasang telinga baik-baik.Tak sangka,bila pasang,banyak dapat mutiara.
Memanglah orang muda macam kita ni sibuk dengan teori.Tahu banyak,hasilnya kurang memuaskan pula.Tak pasti kenapa,kan?
Dengar-Dengar dengan hati.
Lihat-Lihat garis kedut di wajah mereka.
Getir hidup yang kau belum lalu nak,terlukis di situ.
Semoga almarhumah Siti Raham dicucuri rahmat Tuhan di sana.
_________________________________________________________
"Mak dulu umur macam akak ni dah kahwin dah.Ha umur 22 macam sekarang ni la mak kahwin dengan abah"
*tersedak sedak dalam hati*
6 comments:
yeayyy!!!
~dongeng ek...tak percaye mak bole cakap cegitu...musykil.
cepat balik!
haha ha
kbye
kim slm ke mak enti :D
@farah
boi! :3
@shah
mak ckp tak sangka shah dh nak grad :)
:)
Post a Comment