Thursday, February 21, 2013
Dreamland
Mimpi bertemu pun boleh mengubat rindu.Ajaib,lena sungguh malam tu tak tahu nak kata.Esok bangun macam ikan yang jatuh atas tanah sesak nafas masuk dalam kolam air semula.Lega.
Mungkinlah Tuhan terlalu kasihan.
Sekurangnya,dalam mimpi dia di sisi.
Untuk seorang perempuan,di sebuah negeri asing,mimpi adalah kawasan sunyi yang paling selamat untuk dia redah.Saat-saat rasa mahu lari dari semua keserabutan.Saat-saat hati mahu melangkah jauh tapi kaki tak tahu di mana sepatutnya dia bawa diri.Sekurangnya di daerah mimpi,tiada manusia jahat di dalamnya,dan dia bebas seberapa lama pun yang dia mahu.
Mimpi pun,perlu disyukuri.Masuk keluar setiap malam.Bina,tanam-tanam.Harap ada sebatang dua yang hidup kekal di dalamnya.Semoga sihat dan sihat dan sihat.Ye?Jaga diri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment