Tuesday, April 16, 2013

ter-



Kisah nabi Musa,saat dia ter-tinju mati seorang pemuda.


Dan masuklah ia ke bandar (Mesir) dalam masa penduduknya tidak menyedarinya, lalu didapatinya di situ dua orang lelaki sedang berkelahi, - seorang dari golongannya sendiri dan yang seorang lagi dari pihak musuhnya. Maka orang yang dari golongannya meminta tolong kepadanya melawan orang yang dari pihak musuhnya; Musa pun menumbuknya lalu menyebabkan orang itu mati. (pada saat itu) Musa berkata: "Ini adalah dari kerja Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu musuh yang menyesatkan, yang nyata (angkaranya)"

Ia merayu (dengan sesalnya): "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah - apalah jua kiranya - akan dosaku". (Maka Allah Taala menerima taubatnya) lalu mengampunkan dosanya; sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Cuba membayangkan; Berapa cemas agaknya nabi Musa menanti-nanti berita halnya,setelah apa yang telah dilakukannya? Berapa cemas nabi Musa agaknya apabila dikhabarkan bahawa pegawai Firaun sedang memburunya? Lalu nabi Musa pun lari keluar menuju negeri Madyan dan berdoa dengan berkata: "Mudah-mudahan Tuhanku menunjukkan jalan yang benar kepadaku".


Ujian-ujian berupa takdir yang tak mampu kita kawal.Yang mampu kita kawal cumalah respons kita,reaksi kita.Sirah itu sentiasa berulang dalam kehidupan seharian kita,menjelma dalam pelbagai wajah.Untuk itu,kita sentiasa ada sirah nabi untuk dijadikan panduan. *cakapsenang*

Mudah-mudahan Tuhan menunjukkan jalan yang benar kepadaku.
Mudah-mudahan Tuhan memperbaik segala urusanku amalanku.
Mudah-mudahan atas segala apa yang tertimpa,Tuhan mahukan sesuatu yang baik daripadaku.

Kerana aku juga manusia yang banyak kali ter-silap.


p/s : Kalau nak baca cerita sambungan nabi Musa,bukak surah Al-Qasas m/s 387 ayat 15 dan seterusnya.


Rasa nak lari gi Madyan jugaklah camni :'|

Abang kata,ini sebahagian dari proses menjadi dewasa,jangan risau. -okayy



No comments: