Thursday, June 27, 2013
Semua yang baik untukmu
Biji benih kecil di dalam tangan.Berat hati untuk melepas.Namun tetap,takdir sebiji benih adalah untuk ditanam.Bukan disimpan.Lalu ia pun kau kambus elok.Seperti petani kebiasaan,ini adalah langkah pertama yang belum tentu esok lusa membuah.Apapun,langkah pertama mesti diberanikan.Bertanam tidak semudah disangka,setiap hari gelisah menanti apakah takdir Tuhan untuk biji benih tersebut.Akankah hujan,mentari,angin dan tanah sudi untuk menghulur kasih berbagi sayang.
Saat sehelai daun hijau terbit,satu nafas lega terhela.
Senyum syukur.Namun ia belum berakhir.Lega yang sekejap,akan diikuti khuatir yang makin membesar.Apakah akan kuning sehelai daun itu,atau akan terbitkah sehelai yang baru?Dan begitulah seterusnya.
Sehingga ia berjaya membesar.Dan syukur yang tidak pernah putus,kerana takdir seperti mengikutimu.Tiba masa buah mula belajar masak.Isinya dinikmati.Tidak manis!Kau menyesal,kau katakan 'rugi sahaja semuanya!'Kau mengeluh.Saat itu,kau terlupa untuk mengucap syukur.
Apa engkau hanya mengimani takdir yang baik-baik sahaja?Saat bahagia engkau bersyukur.Saat tidak,ke mana pula engkau letakkan?Baik dan buruk adalah tetamu kehidupan,railah,santunlah sebaiknya.Kedua-duanya baik bagimu jika kamu baik baginya.Tuhan itu,aturannya tidak lain,hanyalah menginginkan yang baik-baik saja untukmu.
Janganlah mengharap buah yang manis,jika biji benihnya pun belum tertanam.Jikalaupun telah,ingatlah,ia hanya permulaan.Amatilah setiap langkah,sehingga ke akhirnya,semoga bernilai ibadah.
:) HB anis!Selamat mendewasa!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment