Monday, July 29, 2013
Aib.
Banyaknya aib kita,Tuhan tak pernah sengaja mahu membukanya,malah ditutup rapi.Seperti malam membalut bumi,setelah siangnya.
Kadang,antara dosa dan pahala,batas dan biasa,terperangkap di tengah-tengah sederhana.Kerana terlalu keliru,jalan mudah yang sentiasa terbentang untuk diambil oleh orang lemah seperti saya,tentulah tengah-tengah.Kemudian,bertanya pada hati.Selesakah?Andai tidak,mungkin ada yang tidak kena di mana-mana.Cuma ya,andai saja hati itu bersih.Soalannya,bersihkah?
Jujur.
Terkadang,sifat keanakan muncul.Sifat keanakan yang selalu jujur buat diri rasa serba salah bila terlalu jujur 'tidak kena' pada tempatnya.Tidak kena yang susah untuk didefinisi.Orang dewasa menurut pemerhatian,banyak perbuatan dan percakapannya berlapis-lapis,sampai saya bingung apa yang mereka mahu sebenarnya.Saling teka-meneka begitu,saya jadi penat.Maaflah,izinkan saya untuk terus berlaku jujur sahaja.
Santun.
Masih mencari yang ini di dalam diri.Kalau tak jumpa cari juga,mungkin ada dengan separuh lagi.
10 hari berbaki.
Sedih,10 hari yang penting ini,jadual padat dengan exam!Tak mengapalah,semoga study dan examnya bernilai ibadah juga.InsyaAllah,kena kuat sikit,urus masa elok-elok,mesti boleh seimbangkan.Berusaha!
Hutang Budi.
Dua tiga menjak ni,entah tiba-tiba menggunung rasa terhutang budi.Oh bukanlah tiba-tiba sangat sebenarnya.Memang bersebab.Dia,dia,dia,dan dia.Banyaknya orang nak kena bayar balik.Minta maaf dan terima kasih bercampur-campur tak tahu nak ucap yang mana dulu.Dalam dunia ni,masih ada orang yang sebegitu baik.Saya cuma menumpang kebaikan mereka.Jadi,er maaf pada yang itu dan terima kasih pada yang itu.Menghadapi orang yang terlalu baik,jadi segan sendiri-menyusahkan.Ganti dengan doa yang baik-baik aci lah ya.
Mimpi.
Dua tiga menjak,orang yang dirindu masuk dalam mimpi.Comel.
Raya.
Entah kenapa memilih untuk beraya di sini.Pelik.
Erm,untuk setiap tulisan,ada baris yang disembunyi.Baris yang hanya kita dan Tuhan mengerti.Berupa doa yang belum pernah putus.
Maka,teruskan berdoa.Seperti nabi Zakaria,dengan suara lembut,walau sudah tua walau sudah beruban,tetap tak putus berdoa untuk dikurniakan zuriat.Dan akhirnya Allah memberi khabar gembira,seorang anak yang dirahmati.Berkat menunggu dengan sabar.Surah Maryam.
Kholas,entry rojak-romadhon :D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment