Sunday, July 07, 2013
Cik Hati.
Tentang hati hati yang bertaut,kita tak selalu punya jawapan tepat bagaimana ia bertaut.Jumpa dan terus bersambung,tidak perlu hadiah,tidak perlu kata-kata berjela,tidak perlu kamera.Nampak dari jauh sahaja,hati kembang semangkuk.Tegur lalu bersembang,kembang dua mangkuk.Sebahagiannya begitulah,terlalu mudah,seolah telah kenal lama.Sebahagian pula,walau keras diusaha,tetap kembali seperti air dan minyak.Digaul berkali-kali,tetap tidak mahu bercantum.
Urusannya sulit dan misteri.Sekarang,hati ni kalau dibayangkan letaknya dalam satu bekas dalam badan,maka kedudukannya sedang senget sekarang ni,terjulur keluar dari bekasnya.
Hipotesis : Mesir
Rasa tidak sedap adalah rasa tidak sedap.Ia datang semacam memberi amaran,tapi tetap tak mampu berbuat apa-apa.Rindu.Fi hifzillah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
dah berbuka?
Itulah,harapnyaa tak tersasul menulis lah.Harapnya.
Post a Comment