Saya selalu takut kalau-kalau cinta yang terlalu tinggi pada sesuatu itu akhirnya akan diuji.Fikiran apakah ini(?)Sedangkan memang hidup ini adalah medan ujian.Cuma masanya sahaja membeza-bezakan.Saat waktunya siap dalam perkiraan Tuhan,maka kita akan hadapi juga kan?
Apa kau fikir kau sudah beriman padahal kau belum diuji?
Ingatkan saya tentang ayat ini 'Sesungguhnya kepunyaanNyalah apa yang di langit dan di bumi dan di antara keduanya' bila saatnya saya diuji dengan kehilangan yang tersayang.Saya takut,saya tewas melayan kenangan setelah kepergian.
Saya memang pencinta.Tapi tidak mahu jadi pelupa bahawa saya hanya peminjam.Yang sepatutnya sedia dan sudi melepaskan bila-bila sahaja.
No comments:
Post a Comment