Saturday, November 02, 2013

Perempuan syurga.





Membaca kisah perempuan hebat.
Khadijah.
Fatimah.
Maryam.
Hajar.


Hati jenis apakah yang mereka punya.Tidak sakitkah jantung didatangkan sebegitu besar ujian demi ujian.Tidakkah mereka juga perempuan yang halus perasaannya.Yang air mata selalu menjadi teman kala isi hati tak mampu diceritakan pada sesiapa.Sesak di dada.Perit di tekak.

Sedaya mampu kau bertahan.Mengikat kepercayaan di dahan yang paling kukuh.

Sabar aku,
daun kering musim luruh,
jatuh dipijak,repih seribu.

Sabar mereka,
wanita syurga,
bunga kembang musim salju,
sejuk beku,masih di situ.



Cuba pergi bersandar di pohon kurma dan goyangkan batangnya.Sedang pelepah daunnya juga belum tentu bergoyang,mahu jatuhkan buahnya apatah oleh seorang yang baru lepas mengerah seluruh urat tenaganya melahirkan.

Perempuan syurga.

No comments: