Friday, December 27, 2013

Battlefield.



Kita kenal yang amat sebenarnya,
bila hati kita sedang lembut berendam iman dan bila hati kita keras dibelai angin panas hawa nafsu.

Sedang sakit, tapi tidak tahu apa perlu dibuat,kerana hati telah diselaput banyak lapis titik hitam yang kian lama kian memberat.Memberatkan semua anggota untuk kembali berserah lagi, memohon ampun dan cahaya bagi hati.

Inilah dia peperangan yang paling payah; berperang dengan kehendak sendiri.Jika kalah,tiada siapa yang dapat dipersalahkan melainkan kitalah puncanya.Dan,ia sungguh secara perlahan membuatkan hati sakit dan musnahlah fungsinya sebagai ketua di dalam tubuh.

Dengan sedikit cebis berani yang ada, sedikit asa bersia, cuba untuk  kikis sikit sikit sifat mazmumah yang lama berlumut di hati (saya).Terlalu lama rasanya, hati ini terbiar tidak dicuci.Kesian hati,I should have treat you very well.

Ghairah mahu mengubah dunia, mahu mengubah Malaysia tidak ada salah. Cuma,jangan lupa, perubahan bermula dari sekecil-kecil diri sendiri.



Mungkin kerana kita insan,kita perlu sentiasa diingatkan, diingatkan, diingatkan kembali benda asas iman dan islam.Rindu betul nak dengar tazkirah lepas magrib dari corong surau. :(


If you ever feel;
always worry & grief
inability & laziness
cowardice & miserliness
burden of debts & overpowered by other people

Alma'thurat ke mana?
Ohhhhhhh totally insan(e)!

No comments: