Tuesday, May 13, 2014
Sayang.
Dunia itu dunia paling indah yang pernah dia temui. Dunia itu juga, dunia paling melemaskan yang pernah ditemui. Dulu, dia pernah ke sana. Lama dulu,waktu hingus hingusan masih kecil.Waktu itulah dia temui sesuatu yang menjadikan ia takut untuk ke sana lagi, dia tekad untuk menghilang. Jauh-jauh dia cuba pergi. Berharap tidak ada yang sedar hatinya.
Bagi dia, waktu itu, kejauhan adalah keindahan. Tidak ketahuan adalah keindahan. Dia boleh nikmati sepuas puasnya tanpa siapa peduli.
Rupanya kejauhan begitu hanya keindahan sementara. Semakin lama semakin ia sedar tentang sesuatu; makin cuba lari, makin terikat simpul mati. Makin menjerut nafasnya. Lalu, dia berubah arah. Tak mahu lari lari lagi.
Dunia itulah,
dunia yang pernah dia cintakan.
Sekaligus pernah dia bencikan.
Kerana di sanalah dia menemukan sesuatu
yang paling indah
sekaligus yang paling berat untuk dia pikulkan.
Sesudah itu, dia pun mendewasa. Ternyata, yang dia takutkan hanya bayang-bayang yang maha besar jika dilihat dari jauh. Setelah mendekat, dia senyum senyum sendiri. Tidak ada yang menakutkan. Tidak ada yang menggegarkan. Yang dia temukan, hanya sebuah hati yang ikhlas.
Sayangnya, dia sudah di hujung waktu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment