Sunday, August 10, 2014
Kekeliruan urat saraf.
Selalu menemukan diri sendiri di antara dua simpang yang agak keliru.
Contoh:
Tangan-tangan manusia memang banyaknya bagai tikus mebaiki labu. (Ini yang saya percaya lah tak tahu la betul ke tidak ke). Semakin ditangankan semakin rosak.
Manakala, sunnah alam, jika mahu maka berusaha. Tapi diri ini seperti berpegang kepada tak payah la berusaha sangat, sebab takut apa yang Allah dah susun untuk kita jadi tercemar dengan tangan yang memang sedia kotor ni(?) Dan, melalui penglihatan biasanya yang datang bergolek golek dekat depan muka biasanya bukan yang kita mahu, kadang-kadang yang sebaliknya. Jadi, tak perlu lah mahu(?)
Keliru kan?
Jadi, biasanya sebab tu saya laid back je. Kalau datang, datang. Kalau tak, bai. Jenis kucing tak mudah terhibur.
Entahla, pemikiran-pemikiran ni banyak betul alirannya. Susah nak dapat yang betul-betul jernih. Mesti, mesti ada sesuatu yang tercicir ni. Tapi tak tahu apa.
Mungkin bab niat?
Mungkin bab ikhlas?
Pandang jauh-jauh, benda asas selalu terlepas. Macam seharian dari yang kita bangun, niat entah ke mana. Susahnya.
Dahla tendency memang banyak ke arts. Music, lukisan, tulisan, poems, philosphy, composing lyrics out of nowhere tengah-tengah buat kerja rumah dan apa-apa lah yang macam pelik bagi orang kebanyakan. Kadang-kadang rasa serba salah betul ke, boleh ke minat benda ni, dosa ke. Ke sebab pengaruh rakan sebaya yang jadi macam ni? Ewah, 'pengaruh rakan sebaya'.
Dominan dua-dua F dengan T, bayangkan.
Sekejap sekejap gaduh. Sekejap sekejap gaduh.
Kesimpulannya setakat ni,
nak jadi kucing malas. Kalau tak ada makanan, niat puasa je. Kalau ada makanan, kita makan dengan bersyukur.( baca between lines k.)
HAHA.
Sebab tu lah, nak sangat pergi menadah. Kekeliruan teruk dah ni.
Bai. -_________-
Maybe we have to shut down somewhere, rest and restart fresh.
Huwa, selalu jeles nabi, malaikat belah dada basuh hati. Rasa macam nak jugak camtu.
But if you close your eyesss~
***
Jadi, basic things yang memang basic ialah:
1. Tidak Allah ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Dia.
2. Niat mesti betul baru ibadah diterima.
3. Caranya pulak kena ikut macam nabi.
4. Solat benda pertama yang dihisab.
Ibadah-Niat-Cara-Solat
Okay. Betulkan yang ni dulu.
Ibadah-Niat-Cara-Solat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Harem, pengaruh rakan sebaya! Haha, rasa berdosa la pulak.
But if u close ur eyess..
(Esok exam)
Agakla rasa berdosa. Kena kawal sendiri kot, siapa lagi nak kawal kalau bukan diri sendiri.
Exam; comes and goes. Boleh bukak mata dah.
Post a Comment